Home Kemanusiaan/Motivasi PEMBEBASAN TEBUSAN WARGA ISR43L TANPA SEBARANG KECEDERAAN DAN KEMATIAN PEJUANG MUJAHIDDIN CONTOHI...

PEMBEBASAN TEBUSAN WARGA ISR43L TANPA SEBARANG KECEDERAAN DAN KEMATIAN PEJUANG MUJAHIDDIN CONTOHI AKHLAK RASULULLAH SAW

224
0

Sesungguhnya benar janji Allah SWT bahawa Rasulullah SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat Islam. Ini dibuktikan melalui surah al – Ahzab, ayat 21 yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

Bahkan, Rasulullah SAW juga bersabda:

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” (HR Ahmad).

Itulah antara akhlak yang ditunjukkan oleh para Mujahiddin di P4l3stin di dalam pembebasan tawanan mereka warganegara Isr43l. Menurut sebilangan saksi, sepanjang berada di dalam tawanan para Mujahiddin menjaga mereka dengan begitu baik sekali. Mereka disediakan makanan, minuman, pakaian yang cantik dan juga tempat yang selesa. Malah, apabila mereka sakit mereka akan segera di rawat. Tidak cukup sekadar itu, ada di antara tahanan yang dibenarkan membawa haiwan peliharaannya iaitu seekor anjing. Salah seorang saksi juga sempat menulis surat kepada para Mujahiddin H4m4s mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana melayani anak perempuannya seperti darah daging sendiri walau dalam serba kekurangan.

Memang bukan mudah mencontohi dan mengikut akhlak Nabi Muhammad SAW, namun para tentera Mujahiddin ini telah membuktikannya. Inilah contoh yang akhlak Rasulullah dalam melayani tawanan perang, membebaskan tebusan tanpa sebarang syarat dan tidak ada sebarang kecederaan mahupun kematian. Berbeza dengan rejim zi0ni5 yang penuh dengan dendam dan ingin menghapuskan seluruh masyarakat G4z4 tanpa sebarang sisa.

Sesungguhnya para Mujahiddin H4m4s ini sangat mengidolakan Rasulullah SAW dan beriman kepada Allah SWT dengan sekuat – kuat iman hingga menampakkan sisi mereka yang terbaik dalam melayani sesama manusia walaupun pihak musuh. Kini dunia sudah pun membuka mata mereka setelah Allah SWT memperlihatkan sisi terbaik umat Islam. Sesungguhnya Islam itu adalah agama kedamaian dan aman dan akhlak Rasulullah SAW menjadi ikutan mereka hingga menawan hati manusia lainnya.

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).