Home Ajaran Sesat MENJADIKAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SEBAGAI TONGGAK PEGANGAN ISLAM BERTEPATAN DENGAN...

MENJADIKAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SEBAGAI TONGGAK PEGANGAN ISLAM BERTEPATAN DENGAN PESANAN RASULULLAH SAW

153
0

Ajaran sesat ditakrifkan sebagai suatu ajaran dan amalan yang bertentangan dengan Islam, serta turut menghakis atau menafikan asas kebenaran akidah Islam. Ianya merangkumi perkara-perkara berunsur syirik, mengaku menjadi tuhan, menolak konsep kenabian, penyatuan diri dengan tuhan dan mengaku sebagai Imam Mahdi.

Menurut Imam Ibn Khatir, antara kesesatan terawal yang dilakukan dalam sejarah tamadun Islam ialah mengagungkan kubur yang dianggap keramat, berlaku pada penghujung Zaman Abbasiyah. Umat Islam boleh disesatkan melalui amalan-amalan berunsur pemujaan kepada kubur atau makam atau tugu yang dibina atau pemujaan dan pendewaan terhadap orang perseorangan yang masih hidup, diiktiraf mempunyai sifat-sifat istimewa dan pengaruh serta kuasa luar biasa.

Oleh sebab itu, umat Islam perlu menjadikan warisan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai tonggak pegangan Islam bertepatan pesanan Rasulullah SAW. Dikisahkan bahawa Saidina Huzaifah ibn al-Yaman ra pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai fitnah yang berlaku pada akhir zaman, baginda SAW menjawab bahawa pada ketika itu muncul kelompok manusia yang enggan menjadikan Sunnah dan ajaran tinggalan baginda SAW sebagai sumber beragama. Baginda SAW turut memberikan gambaran, pada akhir zaman juga akan muncul sekelompok manusia (Pendakwah) yang akan menjerumuskan ummah ke dalam api neraka, dan kelompok manusia tersebut adalah sebahagian daripada umat Islam sendiri. Justeru itu, berhati-hatilah.

Sumber: Jabatan Agama Islam Perak