Home Ajaran Sesat KEMAJUAN TEKNOLOGI SEHARUSNYA DIMANFAATKAN BUKAN MENAMBAH KEKELIRUAN SEHINGGA MENYESATKAN

KEMAJUAN TEKNOLOGI SEHARUSNYA DIMANFAATKAN BUKAN MENAMBAH KEKELIRUAN SEHINGGA MENYESATKAN

305
0

Sedar atau tidak, bahawasanya media massa dunia dikuasai oleh orang bukan Islam. Tambahan pula, agensi yang berkuasa tersebut tidak mementingkan langsung nilai atau ajaran Islam. Justeru janganlah kita mudah memasukkan segala budaya yang tidak baik sekiranya kita berkehendakkan masyarakat yang baik.

Unsur hiburan yang amat melampau di dalam media massa sehingga melekakan masyarakat menyebabkan ada yang menganggap untuk apa belajar bersusah payah sedangkan wujud platform-platform menerusi pelbagai program realiti yang menjanjikan populariti dan kemewahan duniawi.

Usaha untuk menangani unsur negatif media massa lebih mencabar pada hari ini apabila wujudnya internet dan segala kecanggihan serta kepelbagaian jenis meranti. Melalui kemudahan ini, perkara negatif atau ajaran-ajaran sesat bukan lagi masuk melalui pintu-pintu tetapi ia wujudnya pada setiap penjuru.

Cabaran seperti ini hanya mampu dihadapi oleh individu yang ampuh dari segi akidah, syariat dan akhlak Islam. Namun, bagaimanakah status atau keutamaan sistem pendidikan ke arah memantapkan perkara tersebut di dalam dada anak bangsa dan masyarakat? Bagaimana pula kelompongan undang-undang jenayah Islam yang seharusnya diperbaiki dalam menghadapi cabaran manusia terutamanya umat Islam sendiri yang sedekit demi sedikit dilihat telah terpengaruh dengan fahaman-fahaman seperti liberalisme? Renung-renungkan.

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor