Home MURTAD GOLONGAN MURTAD LAYAK DIHUKUM BAGI MENGAWAL GEJALA PENGHINAAN TERHADAP KESUCIAN AGAMA ISLAM

GOLONGAN MURTAD LAYAK DIHUKUM BAGI MENGAWAL GEJALA PENGHINAAN TERHADAP KESUCIAN AGAMA ISLAM

273
0

Sejarah ketamadunan manusia sejak Nabi Adam a.s hingga ke hari ini telah menyaksikan kepincangan dalam kehidupan manusia disebabkan kekeliruan umat di antara kekufuran dan kebenaran agama Islam. Sejarah juga telah membuktikan bahawa kekeliruan yang berlaku dalam beriktikad kepada akidah Islam mampu menyelewengkan manusia daripada ajaran Islam yang sebenar, menimbulkan huru-hara dan mengancam keselamatan negara hingga membawa kepada pertumpahan darah.

Antara salah faham terhadap agama Islam ialah berkenaan dengan isu murtad. Murtad merupakan dosa terbesar yang dilakukan oleh seorang muslim. Dosa yang dilakukannya itu telah menghilangkan identiti sebagai seorang Islam dan bertukar menjadi seorang yang kafir, malah dosa tersebut tidak akan diampunkan oleh Allah SWT.

Gejala ini berlaku disebabkan kejahilan mereka tentang hakikat Islam yang sebenar. Mereka kurang mengenali Islam, bahkan ada yang langsung tidak memahami Islam. Kejahilan yang menimpa umat Islam inilah yang digunakan oleh orang bukan Islam untuk memurtadkan sebahagian umat Islam.

Apabila berlakunya murtad, maka ia merupakan satu jenayah. Ini kerana orang yang murtad telah mengkhianati akidah kaum muslimin dan merendah-rendahkannya. Ia juga mengkhianati negara Islam dan mencabar kedaulatannya. Oleh itu, menjadi tugas pemerintah negara Islam untuk mengenakan hukuman kepada sesiapa sahaja dalam kalangan warganegara yang murtad. Hukuman ini adalah untuk mengawal gejala penghinaan terhadap kesucian agama Islam sesudah mengenalinya.

Sumber: Jurnal Vot RMC – Universiti Teknologi Malaysia