Home Liberalisme IDEA-IDEA ORIENTALIS DIJADIKAN RUJUKAN BOLEH DIANGGAP SEBAGAI SUATU USAHA TERANCANG LIBERALISME MENDOMINASI...

IDEA-IDEA ORIENTALIS DIJADIKAN RUJUKAN BOLEH DIANGGAP SEBAGAI SUATU USAHA TERANCANG LIBERALISME MENDOMINASI PEMIKIRAN UMAT ISLAM

242
0

Gerakan Islam liberal cukup popular di Indonesia. Namun, tidak ramai yang menyedari bahawa gerakan ini mempunyai jaringan yang luas bukan sahaja di dunia Islam bahkan hampir di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Islam liberal terlalu mengagungkan kemodenan sehingga Islam harus disesuaikan dengan kemodenan. Jika terdapat konflik antara kemodenan dan ajaran Islam, maka ajaran Islam perlu ditafsirkan semula, bukannya menolak kemodenan.

Golongan liberal mendakwa bahawa gerakan yang dilakukan oleh mereka merupakan satu-satunya alternatif untuk menyatukan antara agama dan akal fikiran. Pada pandangan mereka, majoriti umat Islam mengikut aliran tradisional-konservatif yang jumud dan tidak memberi ruang kepada akal fikiran untuk berperanan. Oleh itu,mereka mahu akal fikiran diberi peranan dalam kerangka yang lebih luas bagi memastikan kerelevenan agama dalam dunia hari ini. Fakta ini merupakan bukti jelas penyelewengan yang dibawa oleh Islam liberal.

Idea-idea orientalis merupakan landasan utama pendokong Islam liberal. Para intelektual Islam liberal selalu menjadikan karya-karya para orientalis sebagai rujukan dalam memahami Islam. Kerjasama pendidikan dibuat dan ramai mahasiswa diberikan biasiswa untuk belajar di negara Barat yang menjadi tempat berkembangnya idea orientalisme. Hal ini boleh dianggap sebagai suatu usaha terancang untuk mendominasi pemikiran atau suatu bentuk penjajahan bukan fizikal pada zaman moden.

Sumber: International Conference on Research in Islamic and Arabic Language Education