Home Ektremisme/radikalisme RASULULLAH SAW DIKATAKAN MELAKUKAN AMALAN NEPOTISME DAN KRONISME?! SATU PENGHINAAN YANG BIADAP!!

RASULULLAH SAW DIKATAKAN MELAKUKAN AMALAN NEPOTISME DAN KRONISME?! SATU PENGHINAAN YANG BIADAP!!

69
0

Sekali lagi junjungan besar kita, Rasulullah SAW dihina! Akan tetapi kali ini lebih dasyat apabila akaun media sosial yang menghina Baginda itu datangnya dari seorang perempuan Melayu dan beragama Islam. Dalam “posting” (hantaran) yang dibuat oleh pemilik akaun Facebook Ainon Mohd, ia menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengamalkan nepotisme dan kronisme semasa zaman kerasulan Baginda.

Dalam hantaran tersebut menyatakan, sebagai ketua negara Islam Madinah, Nabi amalkan nepotisme dan kronisme dengan menunjuk beberapa contoh seperti Abu Bakar dan Sayyidina Umar sebagai mertua, Sayyidina Uthman (menantu) serta Sayyidina Ali (menantu dan sepupu).

Satu perbuatan melampau dan sangat biadap! Dengan sewenang-wenangnya merendah-rendahkan Rasulullah SAW bahkan menghina batang tubuh Rasulullah SAW untuk dijadikan bahan dalam mempromosi produk. Perkara ini nyata mendedahkan kejahilan mereka yang merendah-rendahkan martabat Rasulullah SAW dalam ilmu bahasa dan istilah. Jelas sekali bahawa pemikiran mereka tidak berfalsafah, malah lebih cenderung memperlihat kejahilan dan keruntuhan moral mereka sendiri. Keadaan ini disebut sebagai jahil murakkab, iaitu apabila seseorang bercakap mengenai perkara yang tidak diketahuinya.

Pelantikan keluarga Rasulullah SAW dan para sahabat RA terkeluar daripada takrif nepotisme dan kronisme. Hal ini demikian kerana, mereka dilantik berdasarkan kelayakan dan pengorbanan mereka dalam perjuangan pada zaman awal Islam. Bahkan, Allah SWT telah memberikan jaminan akan kebalnya peribadi Rasulullah SAW daripada sebarang fitnah dan pembohongan, sebagaimana firmanNya:

“Maka, sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah daripada orang-orang yang Musyrik. Sesungguhnya, Kami memelihara kamu daripada (kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokkan (kamu). (Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya). Dan demi sesungguhnya, Kami mengetahui, bahawa kamu bersusah hati dengan sebab apa yang mereka ucapkan.” (QS Al – Hijr: 94 – 97).

Pelantikan para sahabat RA dan keluarga Baginda SAW adalah disebabkan kelayakan ilmu dan akhlak, serta baiah setia mereka dalam menghadapi cabaran yang mengancam nyawa dan harta. Bukannya kerana harta, kesenangan atau kepentingan peribadi ketika negara Islam berada dalam keadaan miskin dan dikepung oleh seluruh pelosok dunia.

Amatlah tidak wajar mengkiaskan amalan negatif pada zaman ini kepada zaman Nabi Muhammad SAW, suatu zaman yang mana pemimpin-pemimpin yang dilantik bukanlah dilantik oleh Baginda walaupun mereka yang paling layak. Bahkan mereka dipilih oleh umat Islam pada waktu itu. Allah SWT sendiri yang memberi ancaman melaknat mereka yang menyakiti Nabi Muhammad SAW dan golongan ini diancam dengan azab yang pedih di akhirat kelak. FirmanNya:

“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina.” (QS Al – Ahzab: 57).

Sumber: Laporan Berita Harian (16 Mac 2025)