Home Ajaran Sesat MEMELIHARA AGAMA ADALAH TUNGGAK UTAMA TERHINDAR DARI KESESATAN

MEMELIHARA AGAMA ADALAH TUNGGAK UTAMA TERHINDAR DARI KESESATAN

242
0

Memelihara agama adalah tuntutan penting di dalam maqasid syariah lebih-lebih lagi ketika umat Islam mendepani penularan aliran fahaman yang menyeleweng melalui pelbagai medium baharu pada zaman kecanggihan teknologi kini. Sifat melampau yang disebabkan oleh kejahilan, kekeliruan dan keingkaran terhadap batasan agama telah menjadi punca kesesatan kebanyakan manusia.

Ajaran sesat dapat dikesan apabila al-Quran dan hadis dipertikaikan serta wujud perubahan dalam kefahaman dan syariat Islam yang diamalkan serta diketahui umum. Golongan sesat juga lazimnya cenderung mengagung-agungkan pemimpin dan guru mereka melebihi kedudukan nabi serta bersifat taasub.

Oleh itu, al-Quran dan hadis, ulama yang muktabar serta golongan yang berkelayakan seperti pihak berkuasa agama mestilah selalu dirujuk agar kita tidak terjerumus ke dalam ajaran sesat dan menyeleweng. Justeru itu, peliharalah diri dan ahli keluarga agar berpegang kepada manhaj akidah yang sahih sebagaimana sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Sesungguhnya telah berpecah Bani Israel kepada tujuh puluh dua kelompok. Manakala umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga kelompok di mana kesemuanya akan ke neraka kecuali satu kelompok. Mereka bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?” Baginda SAW menjawab: “Mereka ialah golongan yang berpegang kepada ajaranku dan para Sahabatku.”

Sesungguhnya pegangan kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan jalan yang betul, selamat, jelas dan tiada kekeliruan bersandarkan sumber al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan qias.

Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan