Home Liberalisme KEBIMBANGAN YANG HARUS DIWACANAKAN SEKIRANYA PARA INTELEKTUAL ISLAM TURUT TERPENGARUH DENGAN PEMIKIRAN...

KEBIMBANGAN YANG HARUS DIWACANAKAN SEKIRANYA PARA INTELEKTUAL ISLAM TURUT TERPENGARUH DENGAN PEMIKIRAN LIBERALISME

115
0

Perkembangan globalisasi di persada dunia Islam telah mengarusperdanakan fahaman liberalisme, semua ini meninggalkan pengaruh yang besar terhadap perkembangan pemikiran dalam dunia Islam. Pada masa yang sama, apabila Islam tercemar dengan imej atau momokan sebagai agama teroris, fanatik, anti Barat serta anti pemodenan, munculnya sekelompok ilmuan yang merasakan ingin membela Islam bergerak atas landasan pemikiran liberal dan progresif.

Pemikiran Islam liberal lahir sebagai sebuah rumusan atau gagasan pemikiran para pemikir Islam yang ‘moderate’ dalam usaha mereka untuk menjenamakan dan mengharmonikan semula imej Islam yang tercemar itu. Idea yang mendokong liberalisasi telah lama muncul berdasarkan tulisan dan pandangan tokoh-tokoh dalam gerakan modernisasi Islam, gerakan sekularisasi dan sebagainya.

Biarpun penulisan seorang tokoh liberal sekitar tahun 1998 yang memperkenalkan istilah ‘Islam Liberal’ pada masyarakat dunia, namun fahaman pemikiran ini telah lama wujud dan bergerak dalam menimbulkan keraguan kepada umat Islam. Umat Islam di Malaysia juga tidak terlepas dari tempias gerakan pemikiran Islam liberal ini. Pemikiran liberalisme ini yang menyelinap masuk dan tidak terkecuali kepada para intelektual Islam menjadikan ianya adalah suatu yang amat bahaya jika tidak ditangani sebaiknya. Dilema ini sangat membimbangkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk mengenali Islam dengan lebih dekat dan terpesona dengan pemikiran Islam liberal yang sebenarnya terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

Sumber: Full Paper, Sains Humanika – UTM