Home Kemanusiaan/Motivasi PERSIAPAN MENJELANG KEDATANGAN RAMADAN 1445 HIJRAH

PERSIAPAN MENJELANG KEDATANGAN RAMADAN 1445 HIJRAH

270
0

Tidak rasa setahun sudah berlalu setelah Ramadan 1444 Hijrah, kini kita bakal memasuki Ramdan 1445 Hijrah. Bulan di mana kita akan mula memenuhi aktiviti kita dengan ibadah wajib dan sunat kepada Allah SWT seperti berpuasa, solat tarawih, bertadarus al – Quran dan melakukan segala kebaikan di dalam bulan yang mulia ini. Namun, dalam kita teruja menyambut kehadiran Ramadan pada kali ini, adakah kita sudah melakukan “checklist” persiapan menjelang Ramadan pada kali ini?

Setiap kali menjelang bulan yang mulia ini, umat Islam pasti mahu menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya, supaya kita boleh memasuki bulan ramadan dengan lebih tenang, yang boleh membawa kita lebih dekat kepada Pencipta kita. Untuk itu, berikut merupakan antara langkah persediaan yang boleh dilakukan menjelang bulan Ramadan:

1) Bertaubat. Melakukan taubat dengan bersungguh – sungguh.
2) Meningkatkan kualiti ibadah. Berusaha untuk memperbaiki kelemahan dalam solat ataupun ibadah yang lainnya.
3) Melakukan ibadah tambahan. Lakukanlah ibadah tambahan seperti memperbanyakkan solat sunat, membaca al – Quran dan berzikir.
4) Mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang tidak berfaedah.
5) Memastikan Kesihatan berada pada tahap yang terbaik. Ini bagi memastikan kita sentiasa kekal cergas sepanjang menjalani ibadah puasa.
6) Jangan membazir.
7) Menjaga waktu tidur dengan baik.
8) Menetapkan matlamat yang baik dalam bulan Ramadan sebagai salah satu usaha untuk menjadi Muslim yang berjaya.

Semoga dengan “checklist” yang diberikan ini mampu menjadi asbab buat kita semua beribadah dengan lebih baik pada Ramadan kali ini. Mohonlah kepada Allah SWT agar Ramadan kali ini adalah Ramadan yang terbaik daripada tahun – tahun sebelumnya. Doa agar puasa kita diterima oleh Allah SWT:

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ بِالشُّكْرِ وَ الْقَبُوْلِ عَلَى مَا تَرْضَاهُ وَ يَرْضَاهُ الرَّسُوْلُ مُحْكَمَةً فُرُوْعُهُ بِالأُصُوْلِ بِحَقِّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ وَ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن

“Ya Allah, terimalah puasaku di bulan ini dengan rasa syukur. Jadikanlah puasaku ini mendatangkan keredhaanMu dan keredhaan para RasulMu. Engkau kuatkanlah furu (cabang-cabang) nya dan ushul (pokok-pokok) nya. Demi kebenaran junjungan kami Muhammad SAW beserta keluarganya yang suci. Segala puji bagiMu Ya Allah Tuhan semesta alam.”

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadan 1445 Hijrah.

Sumber: Laman Web The Asian Parent (https://my.theasianparent.com/persediaan-ramadhan)