Home Ajaran Sesat AGAMA AHMADI – AGAMA KEAMANAN DAN CAHAYA : AJARAN KARUT YANG MENYESATKAN...

AGAMA AHMADI – AGAMA KEAMANAN DAN CAHAYA : AJARAN KARUT YANG MENYESATKAN UMAT ISLAM DARI LANDASAN ISLAM SEBENAR

233
0

Sesungguhnya kemunculan agama atau ajaran sesat ini bukan sesuatu fenomena yang baharu. Bahkan ia telah wujud sejak dahulu lagi sehingga hari ini. Antara doktrin-doktrin biasa yang digunakan oleh ajaran-ajaran sesat adalah seperti mendakwa dirinya sebagai tuhan atau wakil tuhan, nabi atau pengganti kepada nabi, dan juga mendakwa diri sebagai IMAM AL-MAHDI al-Mahdi.

Contohnya, Sejak akhir-akhir ini, masyarakat Islam di Malaysia dikejutkan dengan kemunculan satu ajaran sesat yang menggunakan nama ‘The Ahmadi Religion Peace and Light’ atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’. Ajaran sesat ini diketuai oleh seorang individu yang mengaku bahawa dirinya ialah Imam al-Mahdi dengan menggunakan gelaran Abdullah Hashem Aba al-Sadiq. Manakala pendeta (bishop) mereka di Malaysia dan Indonesia bernama Kashfullah Bin Amaluddin. Selain daripada itu, mereka dikatakan mempunyai kitab ‘suci’ mereka sendiri iaitu The Goal of The Wise : The Gospel Of The Riser of The Family of Muhammad dan Saying of Imam Ahmed al-Hassan.

Ajaran sesat ini aktif melakukan pelbagai platform media sosial. Namun mereka menjadi agak popular melalui penstriman langsung (live stream) di platform TikTok. Kebimbangan tercetus kerana akaun Tiktok tersebut mempunyai pengikut lebih 30,000 pengikut (followers) dan mempunyai jumlah penonton yang ramai apabila mereka melakukan penstriman, selain menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi mereka.

Justeru itu, berhati-hatilah wahai umat Islam lebih-lebih lagi di akhir zaman ini kerana anasir-anasir yang negatif tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan umat Islam. Kekeliruan dan manipulasi yang dibuat oleh puak-puak tersebut seharusnya tidak terkesan kepada umat Islam jika terus berpegang teguh pada akidah dan syariat  Islam yang sebenar sebagaimana pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – MAC 2024