Home Kemanusiaan/Motivasi KHIANAT TERHADAP MANUSIABALASAN AZAB ALLAH SWT AKAN MENIMPA!

KHIANAT TERHADAP MANUSIABALASAN AZAB ALLAH SWT AKAN MENIMPA!

74
0

Rentetan dari dua insiden yang menimpa dua pemain bola sepak kebangsaan negara, apa yang dapat dikatakan di sini ianya adalah satu perbuatan khianat dengan niat untuk melihat kesengsaraan orang lain. Sifat khianat adalah salah satu ciri kekafiran dan merupakan lawan (kebalikan) dari sifat amanah. Khianat adalah salah satu bentuk dosa besar sebagaimana firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedangkan kamu mengetahui.” (QS Al – Anfal: 27).

Sifat ini seperti sudah menjadi karakter yang cukup padan dengan orang Yahudi, kerana itu seorang muslim yang melakukan khianat seumpama hanya jasad bernama Islam, tetapi sifat dan tabiatnya mengalir darah Yahudi. Rasulullah SAW dalam sabdanya telah memberi amaran yang cukup keras kepada umat Islam agar tidak berlaku khianat kerana ia mewarisi ciri-ciri orang munafik sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda:

“Tanda kemunafikan ada tiga, apabila bercerita ia berdusta, apabila berjanji ia tidak menepatinya dan apabila diberi amanah ia berkhianat.” (HR Bukhari).

Sifat khianat adalah seburuk-buruk sifat kerana ia mampu menghancurkan sesebuah institusi masyarakat, keluarga, agama, negara mahupun diri sendiri. Jika kita lihat dalam al-Quran terlalu banyak amaran-amaran yang Allah berikan kepada hamba Nya tentang kesalahan berlaku khianat. Antara amaran tersebut ada di dalam surah ar – Ra’d, ayat 25 yang bermaksud:

“Orang-orang yang merosakkan janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh, dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mengadakan kerosakan di bumi, orang-orang itulah yang menerima kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (neraka Jahanam).”

Maka dari itu, fikirkan lah akibatnya apabila kita ingin atau pernah sesekali berniat untuk melakukan khianat. Bukan sahaja kita ditangkap dan dikenakan hukuman denda atau dipenjara, bahkan azab Allah SWT di akhirat sana turut sama peritnya. Renung – renungkan.

Sumber: Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia