Home Ektremisme/radikalisme PENGHINA AGAMA SEMAKIN MELAMPAU DI BULAN RAMADAN – WAJAR DIKENAKAN AKTA HASUTAN...

PENGHINA AGAMA SEMAKIN MELAMPAU DI BULAN RAMADAN – WAJAR DIKENAKAN AKTA HASUTAN DAN KANUN KESEKSAAN

70
0

Ramadan kali ini terdapat banyak siri penghinaan terhadap Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Baru sahaja gempar dengan seorang Muslim yang menghina Nabi SAW dengan mengaitkan baginda dengan amalan nepotisme dan kronisme, kini golongan ‘Non-Muslim’ pula yang cuba menguji kesabaran umat Islam dengan tindakan penghinaan terhadap Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Pemilik akaun Facebook, Prem Esaan, melalui hantarannya mencabar Allah SWT untuk menghantar malaikat membantu askar Islam yang berjuang di Palestin, mendakwa Allah SWT sebagai penipu, menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai pedofilia, menghina umat Islam, meminta bukti kewujudan Allah SWT dan seumpamanya. Ada juga, pemilik akaun Facebook, Domy Hee, yang sangat melampau kenyataannya menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai gila seks. Nauzubillahiminzalik.

Tindakan menyentuh sensitiviti negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa ini dianggap sebagai sengaja mencetuskan provokasi dalam masyarakat khususnya kepada umat Islam lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Perkara ini menggambarkan bahawa masyarakat tidak lagi sensitif dan hormat terhadap isu 3R (Raja, Agama dan Kaum) yang seharusnya tidak boleh diperkatakan sesuka hati kerana ianya boleh memberi ancaman keselamatan kepada negara.

Pihak berkuasa harus lebih tegas bagi menangani kelompok sebegini yang tidak sedar akan kepayahan untuk mendapatkan sebuah kemerdekaan. Banyak juga rentetan sejarah berdarah akibat konflik antara agama dan kaum, tetapi tidak diambil iktibar. Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan perlu dijalankan sebaiknya demi kemaslahatan keharmonian negara.

Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia, hargailah keharmonian yang dinikmati, raikan keunikan identiti Malaysia yang mempunyai pelbagai agama, kaum dan etnik. Mengapa perlu mencetuskan provokasi? Jika mahu menyanggah Rukun dan Prinsip Negara, maka tidak layaklah anda menjadi warganegara Malaysia.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia- MAC 2025 dan facebook.com/KhairulAhmadFitri