Home Liberalisme ISLAM LIBERAL MEMBAWA MISI BARAT UNTUK MEROSAKKAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM

ISLAM LIBERAL MEMBAWA MISI BARAT UNTUK MEROSAKKAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM

78
0

Islam sentiasa diserang oleh musuhnya sama ada dalam kalangan golongan kufar atau umat Islam yang menganut nilai positivisme Barat. Golongan tersebut menjadi duri dalam daging dalam masyarakat Islam. Sikap kumpulan terbabit atau mana-mana konco Barat yang sealiran dengannya semakin berani menzahirkan watak permusuhannya terhadap Islam semata-mata kerana mereka mahu memenuhi kehendak hawa nafsu mereka. Mereka inilah dinamakan sebagai golongan Islam liberal.

Mereka mahu menjadikan masyarakat Islam di negara ini tidak diikat dengan undang-undang syariah yang didakwa mereka menghalang hak kebebasan individu. Namun, tanpa disedari sebenarnya golongan Islam liberal ini sudah terpengaruh dengan pemikiran dan cara hidup Yahudi dan Nasrani. Kedua-dua agama itu sudah pun terpesong daripada ajaran agama samawi yang sebenar dan kini mereka mahu umat Islam juga terpesong daripada ajaran asalnya.

Golongan Islam liberal membawa misi Barat untuk merosakkan pemikiran umat Islam supaya timbul keraguan dan syak terhadap syariat Islam. Barat sudah lama berusaha merosakkan pemikiran umat Islam. Antara usaha menghancurkan Islam ialah mengasak pemikiran liberal dalam dunia Islam sehingga melahirkan pemikiran Islam liberal seperti yang dianuti G25 dan yang sealiran dengannya. Pemikiran logikal dan kritikal menjadi asas pemikiran mereka. Golongan terbabit mentafsir agama mengikut kehendak atau kesesuaian agenda mereka dalam acuan yang menyeleweng, sama ada dari segi akidah atau syariat Islam itu sendiri.

Justeru itu, berhati-hatilah wahai umat Islam dalam menghadapi ancaman pemikiran Barat yang cuba mempengaruhi pemikiran dan seterusnya corak kehidupan umat Islam agar lebih jauh dari kongkongan agama.

Sumber:Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia