Home Syiah TOLAK KESESATAN SYIAH!! SUNNI-SYIAH MUSTAHIL DAPAT DISERASIKAN KERANA FAHAMAN SYIAH YANG...

TOLAK KESESATAN SYIAH!! SUNNI-SYIAH MUSTAHIL DAPAT DISERASIKAN KERANA FAHAMAN SYIAH YANG SESAT SENTIASA MEMBUKA RUANG UNTUK BERKONFLIK YANG BOLEH MENGGUGAT KESELAMATAN NEGARA

668
0

Bagi Malaysia, antara nilas teras utama yang perlu dipertahankan adalah seperti kedaulatan wilayah, integriti sempadan, kestabilan politik dan sosial masyarakatnya yang berbilang bangsa. Justeru itu, kewujudan dua fahaman terbesar dalam Islam iaitu fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah di Malaysia dilihat mampu mewujudkan pertembungan dalam perpaduan dan keharmonian masyarakat Islam di negara ini.

Walaupun Syiah hanyalah kumpulan minoriti di Malaysia, namun soal keselamatan tidak bergantung kepada angka. Desakan yang berterusan ke atas kumpulan minoriti juga sebenarnya mampu mewujudkan fenomena ‘the concept of stress’ atau tekanan ke atas kumpulan minoriti akibat dari keperluan asas yang tidak dipenuhi seperti kebebasan bersuara, hak sama rata dan sebagainya sehingga kelompok ini akan menterjemahkan protes di luar demokrasi.

Justeru itu, memahami Revolusi Iran adalah penting untuk memahami perubahan landskap evolusi Syiah yang berkembang ke seluruh dunia termasuk Malaysia yang memiliki konflik di antara fahaman Sunni dan Syiah. Perbezaan fahaman yang wujud diantara dua fahaman ini membuka ruang yang luas dalam bertelagah dan berbeza pandangan. Hampir tidak wujud ruang untuk diserasikan di antara dua fahaman ini kerana perbezaan melibatkan kepercayaan dan pegangan akidah dalam fahaman masing-masing.

Sungguhpun setakat ini tidak ada lagi dilaporkan Syiah bertindak ganas di Malaysia, malah yang ada hanyalah bantahan secara aman mahupun ‘perang mulut’ atau provokasi di ruangan media sosial juga perlu disekat dari awal. Hal ini kerana kegagalan mengawal konflik antara Sunni-Syiah ini dikhuatiri mengundang ketidakstabilan dalam negara. Sejarah telah membuktikan seperti di Yaman, Bahrain, Syria dan Lubnan, semuanya merupakan peperangan yang berlatarkan kepada kelompok Sunni menentang Syiah atau sebaliknya.

Oleh itu, Malaysia yang telah mengambil tindakan untuk menjatuhkan fatwa haram dan sesat ke atas fahaman Syiah adalah tindakan yang betul dan tepat bagi menyekat ideologi Khomeinisme terus tersebar luas dalam memperjuangkan penubuhan dan pembangunan ‘Wilayatul al-Faqih’.

Sumber: Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 13(3), 2018.