Home Ektremisme/radikalisme HAYATI SEJARAH KEMERDEKAAN SEBAGAI PEMANGKIN SEMANGAT MEMPERTAHANKAN KEHARMONIAN NEGARA

HAYATI SEJARAH KEMERDEKAAN SEBAGAI PEMANGKIN SEMANGAT MEMPERTAHANKAN KEHARMONIAN NEGARA

55
0

Kejayaan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat merupakan kunci kepada kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi negara. Oleh sebab itu, generasi muda perlu memahami dan menghayati keperluan perpaduan di negara ini.

Adalah amat penting setiap kaum menghargai dan menghormati kehadiran satu sama lain dan pentingnya mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengguris perasaan, menidakkan hak sesuatu kaum atau melanggar perkara-perkara asas yang telah dipersetujui. Secara logiknya, tidak ada satu kebaikan yang diperoleh sekiranya rakyat saling berpecah-belah, malah ia akan mengakibatkan kerugian besar pada diri masing-masing.

Umat Islam khususnya perlu mengamalkan cara hidup yang telah digariskan oleh agama supaya tidak timbul kecaman sehingga digelar sebagai pengganas. Umat Islam perlu menjadi contoh atau ‘role model’ kepada masyarakat berbilang kaum melalui adab, perlakuan baik, berfikiran positif dan matang termasuklah dalam soal melibatkan ibadah.

Keunikan di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian agama, bangsa, adat dan Bahasa seharusnya menjadi keunikan yang dibanggakan oleh setiap rakyat. Ditambah pula dengan penghayatan terhadap sejarah kemerdekaan, pasti menjadi pemangkin semangat untuk terus mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat. Justeru itu, elakkan sebarang tindakan mahupun kata-kata terhadap perkara-perkara sensitif seperti isu agama, raja dan kaum (3R), pupuk rasa persaudaraan agar perpaduan serta kesatuan yang sedia terjalin bertambah mantap.

Sumber: Wacana Perpaduan Belia- Universiti Malaysia Kelantan