Home Syiah FAHAMAN SYIAH YANG BERCANGGAH DENGAN FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AKAN MENCETUSKAN...

FAHAMAN SYIAH YANG BERCANGGAH DENGAN FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AKAN MENCETUSKAN KONFLIK SUNNI-SYIAH YANG BERTERUSAN

450
0

Pada asasnya fahaman Syiah adalah salah satu aliran mazhab dalam pemikiran Islam yang mempercayai bahawa Saidina Ali lebih layak dilantik sebagai khalifah dan pewaris kepada Rasulullah S.A.W. Syiah turut mempercayai bahawa mereka yang bukan dari nasab keturunan Rasulullah S.A.W adalah tidak berhak menjawat jawatan khalifah serta dianggap telah merampas hak tersebut daripada ahlul Bait (keluarga Rasulullah SAW).

Pertembungan antara fahaman Sunni dan Syiah mewujudkan suasana konflik yang tidak berkesudahan bukan sahaja di Rantau Timur Tengah malah bibit-bibit tersebut turut mula terjadi di Malaysia terutamanya apabila fahaman Syiah mula disebarkan di negara ini.

Sekiranya dilihat semula pada sejarah lalu, peristiwa revolusi Iran sebenarnya telah membuka ruang kepada penduduk minoriti iaitu penganut fahaman Syiah di Arab Saudi untuk memperjuangkan hak kesamarataan. Kumpulan ini mengambil peluang untuk memberontak atas nama pembaharuan, melakukan tindakan keganasan kerana kerajaan Arab Saudi menafikan hak untuk mereka merayakan hari Asyura sempena memperingati kematian Saidina Hussin secara besar-besaran kerana kerajaan Saudi melihat acara ibadah tersebut adalah bid’ah yang tidak ada dalam ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika dibenarkan, dibimbangi ia akan menggugat kesucian Islam malah akan menyebabkan berlakunya kemusnahan dan menggugat keselamatan negara.

Perkara sebegini adalah salah satu contoh yang membawa kepada konflik antara fahaman Sunni dan Syiah. Ia juga dikhuatiri turut akan berlaku di Malaysia jika pengaruh Syiah semakin tersebar dan mereka sudah pasti akan melakukan berbagai amalan lain yang bercanggah dengan pegangan umat Islam di negara ini yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh itu, ajaran Syiah ini perlu dibanteras daripada peringkat awal lagi kerana ianya mampu menjadi salah satu faktor perpecahan umat Islam pada hari ini. Dua nilai yang tidak dikonstrukkan secara sosial dalam satu negara mengundang kepada timbulnya isu-isu melibatkan keselamatan negara.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku di luar negara ini sepatutnya menjadi ‘signal’ dan dijadikan pengajaran kepada kerajaan Malaysia bahawa fahaman Syiah perlu dikekang untuk memastikan ideologi yang disebarkan tidak mempengaruhi umat Islam di Malaysia yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sumber: Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 13(3) 2018