Home Syiah PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH MELALUI PEMIMPIN POLITIK SEMAKIN BERLELUASA DAN PERLU DIBENDUNG SEGERA

PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH MELALUI PEMIMPIN POLITIK SEMAKIN BERLELUASA DAN PERLU DIBENDUNG SEGERA

756
0

Syiah merupakan mazhab kedua terbesar dalam Islam selepas Sunni. Penganut fahaman mazhab ini selain menjadi majoriti dan mendominasi bagi penduduk-penduduk khususnya di Timur, kini mengorak langkah memasang strategi untuk menguasai Sunni di Malaysia.

Perkembangan Syiah ke seluruh dunia adalah selari dengan perkembangan politik, perdagangan, pendidikan dan imigrasi orang-orang Iran ke seluruh dunia termasuklah pelajar-pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran di sana.

Jika kita mengikuti perkembangan semasa, melalui laporan media menyatakan bahawa ahli-ahli sebuah parti politik di Malaysia telahpun diresapi oleh fahaman Syiah, namun dinafikan. Namun, perkhabaran mengenai penglibatan mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti-aktiviti Syiah telahpun lama tersebar dan sukar untuk menafikannya.

Melihat kepada perkembangan ini, maka lambat laun gerakan pengikut Syiah akan semakin bertambah dan bertambah bahaya dengan adanya sokongan daripada ahli-ahli politik Malaysia. Jika ianya menjadi berbentuk militan, maka sudah tentu menjadi ancaman terhadap keselamatan negara.

Isu ini tidak boleh dipandang remeh kerana semangat Syiah terhadap perluasan kuasa dan politik seperti yang ditunjukkan di beberapa negara luar, tidak mustahil penganut Syiah yang berada di Malaysia akan bertindak serupa suatu hari nanti. Oleh itu, pembendungan dan sekatan perlu dilakukan segera terhadap penganut Syiah yang cuba mengembangkan pengaruhnya tidak kira pangkat atau kuasa demi keselamatan bersama.

Sumber: ‘Pemimpin politik didakwa terlibat faham Syiah’, Sinar Harian, 16 Nov. 2020, Ibnuhashim.com 2018/07 dan Hisemudinkasim.blogspot.com