Home Kemanusiaan/Motivasi ISLAM DIHINA DAN DIPERSENDAKAN – APA TINDAKAN KITA? BERSATULAH DAN JANGAN BERPECAH...

ISLAM DIHINA DAN DIPERSENDAKAN – APA TINDAKAN KITA? BERSATULAH DAN JANGAN BERPECAH BELAH SERTA JANGAN HANYA DIAM MEMBISU TETAPI BERTINDAKLAH DENGAN BIJAKSANA

1320
0

Susulan insiden oleh seorang pelawak amatur yang menghina Islam dalam beberapa hari lepas, ia suatu yang sangat menyedihkan apabila penghinaan tersebut dilakukan oleh seorang yang mengaku beragama Islam. Ia menimbulkan rasa marah umat Islam di negara ini sehingga berbagai kecaman dan kutukan dilemparkan di media sosial bahkan ada yang mencadangkan supaya dilakukan tindakan kekerasan kepada individu ‘pelawak’ berkenaan akibat rasa geram dan marah. Persoalannya, apakah tindakan tersebut benar dan apa yang patut kita lakukan dalam mengambil tindakan terhadap individu berkenaan yang begitu biadab menghina Islam seperti yang dilakukan baru-baru ini.

Perasaan marah tatkala agama Islam dipersenda itu adalah refleksi kepada sensitiviti kita terhadap agama kita. Sudah pasti, perasaan ini perlu dibatasi dengan syarak dan lunas undang-undang; di mana sesuai boikot maka kita boikot, di mana sesuai kita lapor polis maka kita lapor polis, di mana sesuai kita berhimpun maka kita berhimpun dan sebagainya.

Oleh itu, jangan duduk diam tatkala agama kita dihina seperti kita tiada maruah. Atau lebih teruk, sampai jadi talibarut atau benteng mereka yang menghina itu.

Sesungguhnya mempertahankan agama Allah daripada dihina dan dipersenda adalah siatu kewajipan. Lihat apa yang telah dilakukan olah para sahabat dalam mempertahankan Rasulullah SAW dan agama Islam dari dihiba atau dipeemainkan oleh orang-orang kafir musyrikin. Sahabat mempertahankan bermati-matian tatkala agama Islam.dan Rasulullah sendiri dicerca, dihina dan dipersenda, apatah lagi diserang. Itulah manifestasi betapa cintanya sahabat kepada Rasulullah SAW dan cinta nya mereka kepada agama Islam yang suci ini. Tidakkah kita ingin mencontohi para sahabat? Adalah menjadi tanggung jawab kita untuk menjaga agama ini seperti sabda Rasulullah SAW:

“Jagalah (agama) Allah, nescaya Allah akan menjagamu, jagalah (agama) Allah, nescaya Allah selalu bersamamu.” (HR Tirmizi).

Sehubungan itu, masyarakat Islam di negara ini diseru untuk bersatu dalam mempertahankan agama Islam secara bijaksana dengan mengelakkan sebarang pertumpahan darah atau peperangan apabila agama itu diusik. Kita mesti bijaksana dalam menangani perkara ini dan mesti bertindak dengan cara yang lebih baik dan dengan penuh hikmah. Allah berfirman:

” ….Tolaklah kejahatan yang ditunjukkan kepadamu dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah sahabat karibmu.” (QS Fuṣṣilat: 34).

Meskipun tidak menggunakan kekerasan, umat Islam tidak boleh hanya berdiam diri apabila agama Islam diperlekehkan dan tidak dihormati. Kesucian ajaran Islam perlu sentiasa dipelihara oleh setiap umatnya. Bukan sahaja dengan memelihara setiap tingkah laku, malah turut melibatkan hal seperti mengulas sesuatu perkara yang boleh mencalarkan nama baik Islam.

Dengan memahami perkara asas ini, umat Islam lebih-lebih lagi pada saat berdepan dengan kelompok manusia daripada pelbagai agama perlu berpegang teguh terhadap prinsip Islam. Meskipun agama Islam menggesa umatnya agar tidak menghina atau mempermainkan agama lain, namun hal ini tidak bermakna ketetapan Islam boleh diketepikan. Tidak ada toleransi dalam soal menjaga prinsip agama Islam kerana ia perkara yang menjadi tonggak bagi menzahirkan kebenaran Islam.

Sabda Rasulullah SAW:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah tinggalkan buat kamu (dua perkara) selagi kamu berpegang dengannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitabullah (al-Quran) dan sunah Nabi-Nya.” (HR Baihaqi).

Justeru, marilah kita perkukuhkan ukhuwah dan kesatuan kita sebagai umat Islam untuk terus bersatu dalam mempertahankan agama Islam agar tidak terus diperkotak-katik dan dihina. Bersatu kerana akidah dan untuk menegakkan perintah, Allah SWT di atas muka bumi ini adalah satu tuntutan yang tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi dijadikan bahan senda gurau. Janganlah hanya mengambil sikap berdiam di saat agama kita dipermainkan, seperti mana kata-kata Buya Hamka:

“Jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan.”

Sumber: Harian Metro (8 Disember 2020).