Home Syiah AWAS!!! KESESATAN AKIDAH SYIAH YANG MENYEKUTUKAN ALLAH DENGAN MENGAGUNGKAN IMAM-IMAM MEREKA

AWAS!!! KESESATAN AKIDAH SYIAH YANG MENYEKUTUKAN ALLAH DENGAN MENGAGUNGKAN IMAM-IMAM MEREKA

1038
0

Seorang ulama besar Syiah, iaitu Muhammad bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan dalam ‘Ushul Kafi’ dari Abi Abdillah, kata beliau “Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.”

Sedangkan Allah swt telah berfirman di dalam al Quran, Surah al-A’raf ayat 128, maksudnya: Musa Berkata kepada kaumnya: “Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; diberikanNya kepada siapa yang dihendakiNya dari hamba-hamba-Nya dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

Allah swt berfirman lagi di dalam surah al-Hadid ayat 2 yang bermaksud: “KepunyaanNyalah kerajaan langit dan bumi, dia menghidupkan dan mematikan, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Allah telah memberitahu bahawa langit dan bumi adalah kepunyaanNya tetapi golongan Syiah berpegang kepada kepercayaan bahawa langit dan bumi adalah kepunyaan imam-imam mereka. Kepercayaan ini sangat bertentangan dengan akidah Islam.

Al-Kulaini mengemukakan satu riwayat dari Jaafar as-Sadiq bahawa beliau berkata, “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di neraka. Aku mengetahui perkara yang berlalu dan perkara yang akan datang.” [Kitab al-Hujjah Min al-Kafi]

Ini bermakna Syiah menyekutukan Allah swt dengan para Imam dalam mengetahui perkara ghaib.

Khomeini mengatakan di dalam bukunya Hukumah al-Islamiyyah bahawa imam-imam Syiah mempunyai kekuasaan terhadap setiap zarah-zarah dan atom-atom di alam semesta. Tunduk kepada imam-imam setiap zarah dan atom di alam semesta. Kata-kata ini jelas bertentangan dengan apa yang difirmankan oleh Allah swt.

Sumber: Akidah Imamah Di sisi Syiah Isna Asharah Dan Kesan-Kesannya TerhadapPegangan Ahli Sunnha dan Jamaah, MAIWP