Home Liberalisme FAHAMAN LIBERAL YANG MEMISAHKAN AGAMA DARI KEHIDUPAN DUNIA ADALAH FAHAMAN YANG...

FAHAMAN LIBERAL YANG MEMISAHKAN AGAMA DARI KEHIDUPAN DUNIA ADALAH FAHAMAN YANG MENYALAHI AJARAN ISLAM MALAH MENGHINA AGAMA ISLAM

1207
0

Pandangan yang melihat agama itu hanyalah hak individu yang tidak ada kaitan dengan pihak lain merupakan pandangan liberal dan boleh dikategorikan sebagai satu bentuk penghinaan terhadap agama Islam.

Golongan ini dilihat gagal memahami dan melihat bahawa peruntukan Perlembagaan yang dipersetujui secara bersama sejak dari awal kemerdekaan dahulu iaitu pembinaan kepada perlembagaan itu meletakkan Islam bukan sahaja sebagai agama rasmi tetapi juga sebagai agama Persekutuan.

Edmund Fawcett dalam bukunya Liberalism: The Life of an Idea menyenaraikan empat idea yang menjadi tunjang pemahaman liberal:

  1. Penghormatan terhadap kebebasan individu.
    Mereka percaya sesiapa sahaja perlu menghormati tujuan hidup, pandangan dan kepercayaan seseorang individu. Golongan liberal mengharapkan suatu tatanan etika tanpa perlu melibatkan autoriti Tuhan.
  2. Konflik adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Fahaman liberal percaya konflik yang berterusan dalam hal-hal berkaitan pelbagai kepentingan dan kepercayaan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Keharmonian sosial tidak mungkin dicapai dan usaha ke arah itu adalah suatu kebodohan. Hal ini kerana ia akan menghalang kreativiti dan inisiatif seseorang.

  1. Kuasa manusia adalah kejam.

Golongan liberal sentiasa menanamkan rasa curiga dan penentangan terhadap segala bentuk autoriti yang dipegang oleh manusia. Kewujudan penguasa yang adil adalah mustahil, maka perlawanan terhadap kekuasaan adalah suatu kemestian.

  1. Sifat manusia dan masyarakat adalah dinamik.

Penguasa diwajibkan untuk menghormati masyarakat seadanya, tidak boleh menghalang atau menganggu masyarakat dalam melaksanakan aktiviti dan kepercayaan masing-masing.

Sifat-sifat asas fahaman liberal yang ternyata bertentangan dengan Islam menyebabkannya tidak mungkin didamaikan atau digabungkan dengan Islam. Jika ada pandangan yang mengatakan bahawa tidak ada salahnya mengambil apa yang baik daripada fahaman liberal dengan mengekalkan diri sebagai muslim, maka jelas bahawa ia tidak memahami secara baik tentang agama Islam itu sendiri.

Sumber: Berita Harian, 9 Disember 2014 dan Jurnal Afkar, 2018, Vol. 20(2).