Home Liberalisme BAHAYA LIBERALISME!!! CUBA MEMPENGARUHI MASYARAKAT MELALUI GERAKAN LIBERALISME DALAM POLITIK DAN EKONOMI...

BAHAYA LIBERALISME!!! CUBA MEMPENGARUHI MASYARAKAT MELALUI GERAKAN LIBERALISME DALAM POLITIK DAN EKONOMI YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM

1018
0

Liberalisme merupakan antara falsafah yang terpenting dalam mencorakkan peradaban Barat pada hari ini disamping fahaman-fahaman lain seperti humanisme, sekularisme dan pluralisme. Ensiklopedia Britannica mendefinisikan liberalisme sebagai satu doktrin politik yang menjadikan perlindungan dan pengembangan kebebasan individu sebagai fokus utama dalam bidang politik.

Ternyata peradaban Barat yang berasaskan fahaman liberal tersebut kini berjaya mempengaruhi kebanyakan pemimpin di Malaysia tanpa disedari telah mengaplikasikan ‘konsep-konsep’ berteraskan liberal kepada masyarakat. Terdapat beberapa teras utama yang menjadi tunjang perjuangan liberal dalam politik. Antaranya ialah:

  1. Mewujudkan masyarakat yang bebas, terbuka dan saksama dimana nilai kebebasan mesti diimbangi dengan nilai kesetaraan;
  2. Hak asasi manusia;
  3. Ekonomi pasaran sosial, perdagangan bebas dan pembangunan.

Prinsip politik yang sebenar ialah tidak wujudnya paksaan seseorang ke atas seseorang yang lain. Namun, ancaman terbesar terhadap kebebasan ialah kuasa paksaan, sama ada kuasa tersebut ada pada tangan raja monarki, diktator, oligarki atau pihak majoriti.

Oleh sebab itu, adalah sangat membimbangkan sekiranya terhadap pihak-pihak dari golongan professional dan cerdik pandai yang terpengaruh dengan fahaman liberal kerana mereka mempunyai kuasa untuk mencorakkan masyarakat dan sudah tentu mengguna pakai fahaman berteraskan liberalisme dalam sesuatu perkara yang diaplikasikan kepada masyarakat.

Sumber: 1Media.my-21 September 2020