Home Kemanusiaan/Motivasi 3 SEBAB ALLAH SWT MENURUNKAN UJIAN KEPADA ORANG YANG BERIMAN

3 SEBAB ALLAH SWT MENURUNKAN UJIAN KEPADA ORANG YANG BERIMAN

424
0

Kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian. Tanpa mengira sesiapa pun sama ada orang itu kaya atau miskin tetap ada ujiannya. Setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan seorang insan itu lebih kuat dan tabah. Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.” (QS Al – Ankabut: 200).

Dalam kehidupan sebagai umat Islam, sudah pasti kita tidak akan terlepas daripada ujian yang diturunkan oleh Allah SWT. Setiap daripada kita mempunyai ujian yang berbeza-beza. Allah SWT menurunkan ujian kepada setiap hambaNya kerana bersebab. Antara sebabnya adalah:

1) Allah SWT tahu kita mampu melaluinya.

2) Allah SWT mahu mengampuni dosa-dosa kita dan menggantikannya dengan kebaikan atau pahala.

3) Allah SWT mahu kita dekat denganNya.

Kecil atau berat ujian itu bukan bergantung seberapa besar ujian berkenaan tetapi seberapa luas kita melihat ujian tersebut. Masalah, ujian dan dugaan adalah satu perspektif yang kita perlu melihatnya dari sudut yang lebih positif supaya kita berjaya dalam mencari jalan terbaik untuk menyelesaikannya. Allah SWT menguji hambaNya tanda Dia benar-benar sayang. Ujian atau musibah itu juga adalah satu bentuk Allah mengenalkan diriNya kepada hambaNya. Bila kita tidak redha dengan ujian, bererti kita belum benar-benar mengenali kekuasaan Allah dan sebab itulah Allah mahu mengampunkan dosa-dosa kita dengan cara memberikan ujian mengikut kemampuan hambanya. Rasulullah SAW bersabda:

Barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan mencubanya dengan ujianNya.” (HR Bukhari).

Sebagai orang Islam yang beriman, ujian yang diberikan oleh Allah SWT hendaklah dihadapi dengan sabar dan redha. Kita perlu yakin bahawa apabila setiap ujian yang Allah berikan dan kita hadapi dengan sabar dan redha, maka Allah akan tinggikan darjat kita serta Allah akan menghapuskan dosa-dosa kita. Rasulullah SAW bersabda:

Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan segala dosa-dosanya.” (HR Bukhari dan Muslim).

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)