Home KRISTIANISASI TULISAN PENGAKUAN KUMPULAN KRISTIAN EVANGELIS TELAH MEMBONGKAR NIAT JAHAT DAN TIPU DAYA...

TULISAN PENGAKUAN KUMPULAN KRISTIAN EVANGELIS TELAH MEMBONGKAR NIAT JAHAT DAN TIPU DAYA MEREKA DALAM PROSES MENGKRISTIANKAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI – MENGAPA MASIH ADA YANG TERPEDAYA?

699
0

Walaupun umat Islam di Malaysia adalah merupakan kelompok majoriti dan melebihi 60%, namun bilangan itu adalah termasuk juga dari mereka yang digolongkan sebagai pengikut sesat dan mereka yang disebut sebagai murtad. Jika kita merujuk pelbagai kajian penyebaran Kristian, para mubaligh mereka berjaya menambah kadar bilangan penganutnya yang lebih besar dari kejayaan dakwah Islam terutama di negara-negara sasaran mereka.

Niat jahat dan tipu helah puak Kristian ini terbongkar apabila ianya diperakui sendiri oleh para evangelis Kristian. Perakuan ini terserlah dalam tulisan mereka sendiri apabila beberapa buah majlis agama Islam di Malaysia mengharamkan penyiaran lagu nyanyian Agnes Monica berjudul “Allah peduli” pada suatu ketika dahulu.

Dalam menyatakan bantahan mereka terhadap sekatan yang dikenakan oleh Malaysia itu, gerakan Kristian dengan jelas menyebut bahawa strategi penggunaan kalimah Allah adalah suatu yang strategik demi menarik “orang Islam untuk mengenali Tuhan mereka” (the point is to have people understand who Christ is) dan mereka turut menyatakan larangan tersebut membantut usaha mereka agar orang Islam terbuka untuk membaca bible.

Dalam satu perhimpunan para mubaligh Kristian di Chicago, mereka merumuskan bahawa hasil dari usaha mengguna istilah-istilah yang asing kepada umat Islam dan mengguna istilah-istilah yang lebih hampir untuk orang-orang Islam seperti Allah, solat dan seumpanya, ternyata ianya membuahkan hasil yang dramatik di kalangan umat Islam.

Hal ini kerana dikatakan supaya bila orang Islam baca, mereka tidak merasa asing dan tidak terus menolak bible. Hasilnya, ramai orang Islam akan terbuka dan berminat mengenali Jesus. Malah artikel bertajuk “The Son and the Crescent” keluaran golongan Kristian mengatakan bahawa penggunaan istilah-istilah agama yang biasa untuk umat Islam adalah supaya memudahkan kerja-kerja dakyah mereka.

Dalam perhimpunan tersebut turut dimaklumkan usaha mengelirukan umat Islam dengan istilah-istilah ini telah berjaya dengan “ribuan orang-orang Islam di negara ini sahaja (tanpa menyebut nama negara) telah mula percaya kepada Jesus. Ini bermakna ribuan umat Islam telah berjaya dimurtadkan dengan cara tipu helah ini.

Sumber: Kertas Pembentangan di Konvensyen Ilmuan Islam Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan ke-85 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan- DIS 2003 dan Buku Christianity Today, Susan Wunderink- OGOS 2009