Home Ateis AGAMA ISLAM JUMUD DAN KETINGGALAN ZAMAN? HUJAH LOGIK AKAL GOLONGAN ATEIS UNTUK...

AGAMA ISLAM JUMUD DAN KETINGGALAN ZAMAN? HUJAH LOGIK AKAL GOLONGAN ATEIS UNTUK MENIMBULKAN KERAGUAN SUPAYA UMAT ISLAM BERPALING KEPADA FAHAMAN ATEISME – BERHATI-HATILAH!!!

1012
0

Golongan yang berfahaman ateisme ini sebenarnya harus menerima hakikat bahawa kewujudan Tuhan itu adalah wajib dipercayai. Namun, disebabkan tahap intelektual mereka pada abad ke-19 lebih kompleks telah menyebabkan akal dan pemikiran mereka tidak dapat menerima sesuatu bukti yang tidak jelas dan tidak dapat dilihat secara realiti. Ini bermaksud sudah tentu mereka tidak mempercayai perkara-perkara ghaib.

Sebenarnya penafian tentang kewujudan Tuhan ini berlaku sejak zaman kuno lagi seperti yang pada yang berlaku di zaman jahiliah. Ateisme mula membentuk menjadi satu fahaman dan aliran pemikiran apabila dipelopori oleh tokoh intelektual terkenal eropah seperti Friendrich Wilhelm Nietzche dan Karl Marx.

Perkembangan teknologi dan sains menjadi antara faktor pemangkin yang menyumbang ke arah kemunculan golongan ateisme ini. Dengan adanya kuasa teknologi, maka manusia merasakan mereka tidak perlu lagi bergantung kepada kuasa ghaib seperti Tuhan untuk menghadapi segala rintangan dalam hidup. Pengetahuan yang mendalam dalam bidang sains dikatakan sudah cukup untuk membolehkan manusia menjawab kebanyakan misteri alam semesta yang dahulunya memerlukan Tuhan sebagai medium jawapan.

Dalam fahaman sosial juga, golongan ateis menganggap bahawa adat dan norma dalam masyarakat merupakan satu perkara yang boleh berubah mengikut peredaran zaman. Masyarakat kini menerima nilai pembaharuan dan menolak perkara yang konservatif atas rasa tidak mahu dikatakan jumud dan ketinggalan. Mereka menganggap agama adalah satu pemboleh ubah dalam masyarakat dan bagi mereka siapa yang masih berpegang pada agama maka mereka dikategorikan sebagai golongan yang ketinggalan atau jumud.

Golongan ateis juga percaya bahawa moral tidak perlu wujud kerana takutkan kepada neraka dan mengharapkan ganjaran syurga. Hal ini kerana bagi mereka berbuat baik itu bukanlah kerana untuk mendapat apa-apa balasan dari Tuhan dan berbuat jahat itu pula bukanlah dari hasutan syaitan. Manusia mempunyai hak sendiri untuk mengawal diri sendiri dan buat apa sahaja yang mereka mahukan. Oleh itu, manusia tidak memerlukan Tuhan.

Jika dilihat sekali imbas faktor-faktor di atas tanpa menggunakan pertimbangan iman dan hanya menggunakan logik akal semata-mata, maka mudah sahaja bagi kita untuk mengiyakan apa yang dhujahkan oleh golongan ateisme tersebut. Sedangkan mereka sebenarnya hanya melihat menggunakan zahiriyah, apa yang ada di depan mata sahaja, walau hakikatnya sesuatu perkara yang terjadi itu perlu dinilai dari sudut zahir dan batin sejajar dengan agama sebagai landasan yang benar.

Sumber: Buku Filsafat Agama: Wisata Pemikiran dan Kepercayaan Manusia, Prof.Dr. Amsal Bakhtiar – Jakarta, 2015