Home Syiah 5 SEBAB UTAMA KENAPA AJARAN SYIAH DIISYTIHARKAN SESAT

5 SEBAB UTAMA KENAPA AJARAN SYIAH DIISYTIHARKAN SESAT

2094
0

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa pegangan utama masyarakat Islam di Malaysia adalah berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Namun pengamalan fahaman-fahaman lain terutamanya Syiah dilihat semakin berkembang dan boleh menjadi ‘trigger’ tercetusnya konflik antara umat Islam sesama sendiri. Fahaman dan amalannya adalah sesat dan menyesatkan kerana secara jelas ianya tidak menpati kehendak Islam yang sebenar. Antara fahaman sesat tersebut adalah:

 AHLI SUNNAH WAL JAMAAHSYIAH
Khalifah selepas Rasulullah S.A.WMempercayai bahawa Abu Bakar adalah orang yang paling berhak menjadi khalifah dan merupakan khalidah pertam yang sah setelah wafat Nabi Muhammad S.A.W.  Meyakini bahawa Ali merupakan orang yang paling layak untuk menjadi khalifah dan menganggap Abu Bakar sebagai perampas kekhalifahan daripada Ali sehingga menggelar Abu Bakar dan Umar dengan gelaran al-Jibt (tukang sihir) dan at-Toghut (syaitan) kerana telah dilantik sebagai khalifah sebelum Ali. Malah syiah juga mempunyai doa khusus iaitu ‘doa dua berhala Quraisy’ yang ditujukan kepada Abu Bakar dan Umar.  
Surah al-Wilayah dalam  al-QuranAl-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah kitab terakhir dan tidak akan berlaku pertambahan, pengurangan atau pemansuhan ayat sehingga hari kiamat. Ini bermakna al-Quran bebas dari sebarang penyelewengan.Menambah surah wilayah dalam al-Quran yang menyebut tentang kewalian Saidina Ali sebagai imam selepas Nabi Muhammad s.a.w.  
Rukun IslamMengucap dua kalimah syahadah, solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji.  Solat 3 waktu, puasa di bulan Ramadhan, membayar zakat, haji dan surah al-Wilayah.
Rukun ImanBeriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada kitab-kitab suci, beriman kepada para Rasul, beriman kepada hari kiamat dan beriman kepada qada’ dan qadar.  Tauhid, kenabian, imamah, keadilan, kiamat
HadisHadis adalah sumber kedua dalam syariat Islam selepas al-Quran. Fungsi hadis mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Kesahihan hadis ditentukan dengan mengkaji kebenaran riwayat. Hadis muktabar diberi keutamaan. Hadis daripada pendusta tidak diterima. Tiap-tiap perawi hadis diketahui sejarah hidupnya.  Tidak berpegang kepada hadis melainkan hadis-hadis diriwayatkan oleh kaum keluarga Rasulullah dan sebahagiaan hadis-hadis diriwayatkan oleh penyokong Ali. Kitab-kitab hadis mereka juga terdapat berpuluh-puluh ribu hadis yang tidak ditetapkan kesahihannya.

Sumber:  Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Jabatan Agama Islam Selangor.