Home Uncategorized KESYIRIKAN LAGU ‘ALLAH PEDULI’ OLEH AGNES MONICA!!! LIRIK LAGU YANG MENGGUNAKAN KALIMAH...

KESYIRIKAN LAGU ‘ALLAH PEDULI’ OLEH AGNES MONICA!!! LIRIK LAGU YANG MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH TETAPI MEMUJI TUHAN JESUS ADALAH MENGELIRUKAN DAN BOLEH MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM

756
0

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berhibur, namun dalam menikmati hiburan tersebut perlulah menjaga batasan yang telah digariskan oleh Islam. Sebagai contoh kebanyakan manusia suka mendengar alunan muzik sama ada dalam mahupun luar negara sebagai hobi atau sebagai salah satu cara untuk menenangkan jiwa. Lebih-lebih lagi apabila irama dan lagu yang mengasyikkan sudah tentu lebih menarik minat pendengar.

Namun, awas wahai umat Islam, lirik lagu juga perlu diambil cakna sebelum terbuai dengan keenakan irama dan lagu. Sebagai contoh lagu yang dinyayikan oleh penyanyi popular Indonesia iaitu Agnes Monica yang berjudul Allah Peduli. Biarpun lagu ini telah dimainkan semenjak tahun 2009 dan telah disenarai hitamkan dari keluar di corong-corong radio Malaysia, namun di dalam platform lain lagu tersebut masih boleh diputarkan.

Isunya bukanlah pada tajuknya iaitu ‘Allah peduli’, tetapi pada liriknya yang bukan sahaja boleh menimbulkan kontroversi, malah boleh mencederungkan umat Islam ke lembah kesyirikan. Liriknya berbunyi “Allah peduli, segala persoalan yang kita hadapi, Tak akan pernah dibiarkannya kubergumul sendiri, sebab Allah Yesus ku mengerti”.

Di sini jelas menunjukkan keburukan sekiranya Malaysia membenarkan perkataan ‘Allah’ digunakan oleh orang bukan Islam sepertimana dahulu terdapat permintaan oleh puak-puak Kristian kononnya untuk kebaikan. Sedangkan penggunaan perkataan ‘Allah’ itu bertujuan untuk mengelirukan, meracun pemikiran serta akidah umat Islam supaya terus jauh terkeluar dari landasan ajaran Islam yang sebenar.

Oleh sebab itu, berwaspadalah dalam menikmati hiburan. Semak dahulu lirik yang disampaikan sebelum dengan enakknya mengikut bernyayi bersama dek kerana irama dan lagunya yang menyedapkan halwa telinga.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre, budiey.com