Home Liberalisme WASPADA DENGAN IDEOLOGI ISLAM LIBERAL !!! PRINSIP BERASASKAN IDEOLOGI BARAT YANG MENGELIRUKAN,...

WASPADA DENGAN IDEOLOGI ISLAM LIBERAL !!! PRINSIP BERASASKAN IDEOLOGI BARAT YANG MENGELIRUKAN, ADAKAH IANYA MENGIKUT AJARAN ISLAM YANG SEBENAR?

623
0

Asas kepada pemikiran liberal ini adalah rasional dan kebebasan individu. Cara berfikir seperti ini adalah kesan daripada apa yang berlaku dalam sejarah dan zaman kegelapan Eropah ketika berhadapan dengan golongan gereja. Rentetan daripada itu, pemikiran ini berkembang melalui dasar dan dominasi pemikiran sekularisme (memisahkan agama dengan urusan dunia) yang disifatkan mereka sebagai faktor penting kepada kemajuan sesebuah negara termasuk dunia Islam.

Oleh sebab itu, boleh dikatakan Bahasa konsep Islam liberal tidak banyak beza dengan ideologi liberalisme yang cuba dibawa oleh Barat. Indicator rasional dan kebebasan individu yang menjadi asas kepada kefahaman ini adalah bertentangan sama sekali dengan prinsip dan ajaran Islam. Usaha golongan Islam liberal ini untuk membawa konsep ‘bebas’ (tanpa kawalan mana-mana pihak) dalam semua perkara termasuk hak beragama dan hak berakidah adalah cubaan mereka untuk mengelirukan umat Islam.

Sedangkan Islam daripada semua perspektif sama ada akidah, syariah dan akhlak mempunyai prinsip-prinsip yang tersendiri, adab dan peraturan yang ketat tetapi ‘fleksibel’ yang secara asasnya adalah mudah tetapi tidak semudah yang difikirkan manusia. Panduan (Al-Quran dan hadis) telah tersedia, hanya manusia yang perlu ‘istiqomah’ dalam melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Justeru itu, seluruh umat Islam perlu ada rasa tanggungjawab mengusahakan secara bersungguh-sungguh dalam mempertahankan akidah dan maruah Islam ketika mendepani arus pemikiran yang datang bersama-sama dengan peradaban Barat.

Sumber: Jurnal Islamiyyat, No.41 (2) 2019