Home Syiah SAIDATINA FATIMAH TERIMA WAHYU? KEPERCAYAAN SESAT SYIAH YANG PELIK DAN PERLU DIJAUHI

SAIDATINA FATIMAH TERIMA WAHYU? KEPERCAYAAN SESAT SYIAH YANG PELIK DAN PERLU DIJAUHI

540
0

Dalam satu kitab yang ditulis oleh Imam Besar Syiah (Imam Khomeini) iaitu Kitab Kasyf al-Asrar, telah menunjukkan banyak buah fikirannya yang menyeleweng daripada fahaman yang diyakini oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Antaranya adalah fahaman Syiah yang mendakwa bahawa Saidatina Fatimah, anak baginda Rasulullah SAW menerima wahyu. Dalam hadis yang dipegang oleh pengikut Syiah menyatakan bahawa: “Selepas Baginda wafat, Malaikat Jibril datang kepada Siti Fatimah membawa beberapa berita ghaib dan Amirul Mukminin (Ali) menjalankan tugas menulis berita ghaib itu dan itulah dia Mushaf Fatimah. (Kasyf al-Asr, hal: 143).

Perkara ini amat bercanggah dengan fahaman ASWJ kerana menurut fahaman ASWJ, orang yang menerima wahyu Allah hanya lah terdiri daripada para Nabi dan Rasul sahaja. Anak-anak para Rasul tidak pernah menerima wahyu kecuali jika dia menjadi Nabi seperti Nabi Sulaiman iaitu anak Nabi Daud.

Selain itu, Imam-imam Syiah juga mendakwa bahawa al-Quran mushaf Uthman yang ada sekarang telah diubah dan dikurangkan beberapa ayat oleh Saidina Uthman. Manakala mushaf yang tidak diubah ialah “Mushaf Fatimah” atau “al-Quran Fatimah”

Realitinya, sekiranya kita melihat dakwaan Syiah bahawa “Mushaf Fatimah” kononnya betul, namun mengapa sehingga sekarang Syiah masih menyembunyikannya dan tidak pernah mengeluarkannya untuk bacaan umum? Apakah Syiah menunggu kemunculan Imam Mahdi untuk keluar? Namun, menurut keyakinan Syiah pula Imam Mahdi mereka menggunakan kitab Nabi Daud. Oleh itu, bila pula mahu menggunakan “Mushaf Fatimah”?

Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa perkara ini hanyalah satu dakyah dan pembohongan Syiah semata-mata. Al-Quran “Mushaf Fatimah” dan Imam Mahdi mereka sebenarnya memang tidak pernah wujud.

Sumber: Buku ‘Syi’ah Komplot Tawan Dunia’ oleh Syeikh Abu Muhammad Musanna.