Home Liberalisme WASPADA MOMOKAN LGBT ‘HENTIKAN TRANSFOBIA’ !!! KEBIADAPAN GOLONGAN LIBERAL BERARAK MERAIH SIMPATI...

WASPADA MOMOKAN LGBT ‘HENTIKAN TRANSFOBIA’ !!! KEBIADAPAN GOLONGAN LIBERAL BERARAK MERAIH SIMPATI KONONNYA DITINDAS SEDANGKAN TERNYATA MENYALAHI FITRAH MANUSIA DAN SYARIAT ISLAM

330
0

Perarakan secara haram oleh golongan yang digelar LGBT bukanlah tidak pernah terjadi di Malaysia. Sebelum ini mungkin dilakukan secara tersembunyi memandangkan dahulu rakyat Malaysia dilihat sangat berjaga-jaga untuk membuat sebarang provokasi yang menyalahi undang-undang mahupun keharmonian negara. Namun kini, nampaknya ketamadunan sebagai warganegara dilihat semakin hilang lantas berani bertindak bebas di luar normalisasi masyarakat.

Sebagai contoh baru-baru ini berlaku perarakan dan perhimpunan yang dianjurkan oleh badan NGO yang mewakili golongan LGBT menuntut hak dan kesaksamaan secara terbuka di hadapan Kompleks SOGO dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Mereka menuntut hak mereka dan meraih simpati kononnya mereka ditindas, didiskriminasi dan dipandang hina oleh masyarakat. Tindakan tersebut tidak lain tidak bukan sudah tentu supaya golongan mereka turut diiktiraf kewujudan dan kesaksamaan hak sepertimana warganegara yang lain.

Slogan ‘hentikan transfobia’ yang dimomokkan oleh golongan LGBT dalam perarakan tersebut selayaknya ditolak sekeras-kerasnya kerana secara jelasnya ia bukan sahaja melanggar fitrah sebagai seorang manusia, malah menyalahi undang-undang apatah lagi terpesong dari ajaran agama Islam sebenar. Ambillah pengajaran dari kisah Kaum Sodom pada zaman Nabi Luth yang menerima bala sehingga mati dalam keadaan yang menyedihkan kerana mengamalkan kehidupan songsang.

Justeru itu, setiap lapisan masyarakat sehinggalah ke peringkat pemimpin dan alim ulama perlu bersatu padu membanteras perkara ini dari terus berleluasa. Bukanlah niatnya untuk menghukum golongan tersebut, tetapi ingin membantu mereka kembali ke pangkal jalan seterusnya menyelamatkan keharmonian dalam masyarakat dan akidah umat Islam dari terus terpengaruh dengan ideologi Barat yang jelasnya ingin menjatuhkan agama Islam.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – MAC 2023, Tiktok Ratu Naga, Sinar Harian – 12 MAC 2023