Home Ajaran Sesat BAHAYA AJARAN SESAT DI PONPES AL-ZAYTUN, INDONESIA!!! PENGAGUNGAN TERHADAP YAHUDI DAN NASRANI...

BAHAYA AJARAN SESAT DI PONPES AL-ZAYTUN, INDONESIA!!! PENGAGUNGAN TERHADAP YAHUDI DAN NASRANI JELAS MENYALAHI PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

539
0

Kejadian sensasi yang melibatkan penyebaran ajaran sesat di sebuah pondok negara seberang,, Ponpes al-Zaytun, menandakan sebagai amaran kepada umat Islam khususnya di Malaysia. Dalam kejadian tersebut, ketua syeikh pondok tersebut telah menyeru kepada pengikutnya untuk berdiri dan mengucapkan salam kepada kaum Yahudi dengan kalimah ‘Hevenu Shalom Alechem’ yang bermaksud damai, selamat atau sejahtera sekiranya menyertaimu sepertimana salam yang sering digunakan oleh golongan agama Kristian Ortodoks, menyanyikan lagu sepertimana yang dilakukan oleh agama Nasrani dan Kaum Yahudi serta muazzin juga melaungkan azan mengadap ke arah jemaah.

Perkara yang bertentangan dengan syarak ini meskipun berlaku di Indonesia, namun kehadiran warganegara Malaysia beragama Islam di dalam majlis tersebut turut menjadi satu isu yang sangat serius kerana dikhuatiri akidah sesat itu dibawa masuk pula ke Malaysia untuk disebarkan.

Agama Islam sangat menjunjung tinggi keadilan dan sangat bertoleransi dalamberagama. Agama Islam melarang keras berbuat zalim dengan agama selain Islam, namun perlu ada batasnya. Memang benar salah satu syiar Islam adalah menebar salam kepada sesama muslim sesuai dengan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, namun penyampaian salam kepada bukan muslim dengan tujuan untuk menunjukkan toleransi, maka ianya tidak diperkenan oleh syariat kerana faktor berikut:

i- Seorang muslim mencukupi untuk memberi salam sesama kaum muslim sahaja;
ii- Salam orang bukan Islam terdapat pengagungan terhadap agama atau tuhan mereka, maka sudah tentu ianya melanggar prinsip dasar tauhid dan akidah seorang muslim;
iii- Apabila tujuannya ingin bertoleransi, maka cukuplah sekadar memberi salam menggunakan Bahasa umum seperti selamat pagi, selamat malam dan sebagainya;
iv- Apabila memberikan salam kepada satu kelompok yang bercampur muslim dan bukan muslim dengan niat untuk memberi salam kepada beragama Islam sahaja, maka tidaklah ianya dikiran sebagai merosakkan toleransi sama sekali.

Justeru itu, ajaran pondok Ponpes al-Zaytun di Indonesia boleh dianggap sebagai ajaran sesat yang telah menyalahi akidah umat Islam yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Keterlibatan umat Islam Malaysia dengan aktiviti pondok tersebut perlulah dipantau, disekat dan dibawa pulang ke Malaysia untuk diresosialisasi (pemulihan) secara total supaya akidahnya kembali ke jalan yang benar. Selain itu, pemantauan berterusan sama ada secara fizikal atau talian juga perlu giat dijalankan supaya tidak berlakunya ‘serangan akidah’ yang boleh merosakkan pemikiran umat Islam untuk berjinak-jinak ke arah ajaran sesat dan pada masa yang sama menjaga keharmonian di dalam dan di luar negara.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia –MEI 2023, Irsyad al-Fatwa Siri 368 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Radar Mukomuko – MEI 2023