Home Ektremisme/radikalisme PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM MERUPAKAN ‘KEGANASAN SEBENAR’ YANG BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA...

PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM MERUPAKAN ‘KEGANASAN SEBENAR’ YANG BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA DAN DUNIA

215
0

Secara umumnya, penghinaan kepada Islam meliputi beberapa perkara. Antaranya ialah, penghinaan kepada Rasulullah SAW. Semenjak zaman Nabi SAW lagi isu ini seringkali berlaku dan ia menjadi asbab menaikkan kemarahan umat Islam.

Sebagai contoh kisah seorang penulis wahyu yang murtad kembali menjadi Nasrani telah menghina Nabi SAW dengan berkata “Muhammad tidak mengetahui selain apa yang aku tulis kepadanya”. Sewaktu kematiannya, mayatnya telah dikebumikan oleh orang Nasrani, namun keesokan harinya jasadnya dicampak keluar oleh perut bumi. Golongan Nasrani menuduh Nabi SAW dan pengikutnya dan menganggap perbuatan itu adalah balasan terhadapsahabat mereka yang telah keluar daripada Islam. Kemudian mereka mengebumikan semula dengan menggali kubur yang lebih dalam, namun keesokan harinya kejadian yang sama berlaku. Mereka kembali menggali dan memperdalamkan kuburnya semampu mereka. Pagi keesokan harinya, dia kembali dikeluarkan oleh tanah. Akhirnya mereka mengetahui bahawa itu bukan perbuatan manusia. Maka mereka pun mencampakkannya begitu saja.

Satu lagi kisah pada tahun 2007, Lars Viks, Kartunis Sweden, mencetuskan kontroversi melukis gambar Nabi Muhammad SAW. Perbuatannya telah menimbulkan kemarahan umat Islam sehingga menerima ancaman bunuh selepas akhbar tempatan menerbitkan lukisannya. Dia kemudiannya hidup di bawah perlindungan polis dan tinggal di lokasi rahsia. Pada 5 Oktober 2021, Vilks disahkan terbunuh dalam kemalangan ngeri jalan raya ketika kereta polis dinaikinya terbalik dan terbabas ke lorong bertentangan. Kereta dinaiki Vilks dan anggota polis itu bertembung dengan sebuah lori sehingga mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu terbakar.

Justeru itu, ambillah iktibar dari kisah-kisah tersebut. Kadangkala sesuatu yang berlaku itu bukanlah kebetulan tetapi adalah sebagai balasan segera yang Allah SWT tunjukkan di muka bumi ini sebagai pengajaran kepada umat dan menandakan bahawa kekuasaan Allah itu benar dan pasti mendapat balasan pada sesiapa yang menghina agama Islam.

Islam sangat melarang umatnya mencela agama lain. Begitu juga sebaliknya, penganut agama lain tidak patut untuk menghina agama Islam kerana tindakan ini akan menimbulkan kemarahan penganut agama masing-masing dan menyebabkan berlakunya ancaman bahaya di dalam masyarakat. tanpa sedar ianya adalah ‘keganasan sebenar’ melalui lidah yang nampak kecil, tetapi sebenarnya memberi impak yang besar pada akibatnya.

Sumber: SS Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri/ https://zulkiflialbakri.com/8