Home Syiah PERBEZAAN AKIDAH SYIAH DENGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH IDEOLOGI SYIAH PERLU...

PERBEZAAN AKIDAH SYIAH DENGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH IDEOLOGI SYIAH PERLU DITOLAK KERANA MEREKA BUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA ISLAM

254
0

Menurut pandangan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), ajaran Syiah didapati bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ia menjadi duri dalam daging kepada umat Islam, bahkan boleh menjadi ancaman kepada institusi keluarga, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara. Penyelewengan syiah boleh dikesan melalui pelbagai cara, antaranya melalui akidah dan syariah. Antara perbezaan akidah antara ASWJ dengan Syiah termasuklah:
i. ASWJ mengakui al-Quran terpelihara dan bebas daripada kekurangan dan penyelewengan. Syiah menyatakan al-Quran ada kekurangannya dan penambahan;

ii. ASWJ beriktikad penafsiran al-Quran mesti berpandu pada apa yang datang daripada Nabi SAW, para Sahabat dan Ahlul Bait. Syiah berpandukan kepada Ahlul Bait, namun riwayat-riwayatnya mencela para Sahabat dan mendakwa Saidina Ali sebagai tuhan;

iii. ASWJ mengakui Al-Quran diturunkan sepenuhnya ke atas Rasulullah SAW, tiada kekurangan dan tiada kitan lain selepasnya. Syiah beriktikad bahawa mereka memiliki mashaf Fatimah binti Rasulullah SAW yang kononnya mengandungi 40 juzuk;

iv. ASWJ mengakui Sunnah Nabi SAW adalah apa sahaja yang datang daripada Nabi sama ada melalui percakapan, perbuatan mahupun perakuan. Syiah mendakwa kenyataan Imam 12 setaraf firman Allah SWT dan sabda Rasulullah SAW kerana imam mereka dianggap sebagai maksum (tiada dosa);

v. ASWJ mangakui syariat Islam adalah sempurna. Syiah berpendapat Nabi SAW hanya menyampaikan sebahagian daripada syariat sahaja dan sebahagian yang lain disembunyikan dan ditinggalkan kepada Saidina Ali ra.

Inilah antara elemen-elemen yang menunjukkan perbezaan akidah di antara pegangan ASWJ dan pegangan Syiah. Perbezaan dalam bentuk ini pastinya sukar untuk disatukan kerana soal akidah dan kebenaran pastinya tidak ada sebarang kompromi atau toleransi. Maka adalah langkah yang tepat apabila para ijmak ulama bersepakat memperakui Syiah sebagai ajaran sesat dan menyeleweng daripada Islam kerana bercanggah secara jelasnya dari sudut akidah, syariat dan akhlak yang dipegang ASWJ. Oleh itu, tiada lagi sebarang kekeliruan untuk menolak Syiah mahupun anasir-anasir lain yang bertentangan dengan pegangan ASWJ khususnya di Malaysia.

Sumber:Kertas Pembentangan Majlis Penjelasan Fatwa- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan