Home Uncategorized PENGARUH LIBERAL DALAM ISLAM MELALUI SOSIAL MEDIA MENYEBABKAN UMAT ISLAM SEMAKIN HILANG...

PENGARUH LIBERAL DALAM ISLAM MELALUI SOSIAL MEDIA MENYEBABKAN UMAT ISLAM SEMAKIN HILANG PERTIMBANGAN DALAM SOAL AGAMA

293
0

Tatkala membicarakan mengenai liberalisme dan media baru pada masa kini, kesan media baru membolehkan setiap orang mampu menjadi ‘pustakawan’ dan ‘penerbit’. Dengan bantuan media baru, semua orang mendapat pelbagai matlumat tanpa dikawal dan ditetapkan agenda pembacaannya. Paling bahaya, media baru menawarkan sumber yang pelbagai.

Kecanggihan media baru yang sifatnya lebih pantas, interaktif dan meluas menjadikan keadaan lebih terbuka. Segala maklumat lebih mudah diakses dan disebarkan. Ia membuka peluang kepada liberalisme berkembang kerana berkongsi wawasan dan visi yang sama iaitu keterbukaan dan kebebasan.

Menerusi media baru juga manusia hilang privasi dan adab. Contohnya semua orang boleh kritik atau hentam sesiapa di sosial media walaupun individu itu seorang ulama. Perkara yang berlaku ini sangatlah menyebalkan dan menyedihkan kerana ulama tidak lagi dihormati. Sedangkan ulama asasnya adalah ilmu dan mereka terdiri daripada golongan yang ‘muktabar’ dalam membuat sebarang keputusan atau ‘ijtihad’ dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama yang mana orang awam tidak mempunyai kelayakan tersebut. Seharusnya disanjung tinggi dan dihormati bukan dicaci. Renung-renungkan.

Sumber: Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik -IKIM