Home Ateis FENOMENA ATEISME MENCEMARI DUNIA ISLAM SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

FENOMENA ATEISME MENCEMARI DUNIA ISLAM SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

44
0

Kewujudan dan perkembangan ateisme dalam kalangan umat Islam menimbulkan banyak persoalan. Antaranya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan umat Islam turut terjebak dengan fahaman ateisme? Apakah ini menjadi fenomena global di dunia Muslim atau ianya hanya kes terpencil yang tidak perlu dibimbangi kewujudannya?

Hakikatnya, virus ateisme tidak lari daripada perkembangan yang berlaku di dunia Islam. Virus ateisme ini telah menyerang tempat-tempat yang pada masa lampau merupakan tempat yang selamat daripada kemunculan ajaran yang menyimpang. Contohnya di negara Arab telah wujudnya beberapa kedai kafe untuk golongan ateis, malah ada jalan yang diberi nama jalan ateis. Menurut kajian yang dibuat oleh WIN/Gallup, antara 57 negara Islam, Arab Saudi merupakan negara yang paling terancam dengan gempuran ateisme. 19 peratus rakyat Arab Saudi mengatakan mereka tidak lagi beragama dan lima peratus sebagai ateis tegar yang amat yakin dengan kepercayaannya. Jika jumlah penduduk Arab Saudi mencecah 27 juta, maka jumlah 24 peratus pengikut ateis itu amat besar.

Sungguhpun begitu, pihak kerajaan Arab Saudi seolah-olah menutup mata terhadap perkembangan yang amat membimbangkan ini. Tiada tindakan dan kaedah drastik yang digunakan untuk mengekang dan membanteras gejala yang sudah merebak ini. Justeru itu, Malaysia sebagai sebuah negara yang disinonimkan dengan julukan negara Islam dan sememangnya Islam adalah agama rasmi negara, seharusnya mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku di negara Islam yang lain disamping mengambil langkah awal bagi membendung habis-habisan pengaruh ateisme ini dengan apa cara sekalipun demi memelihara akidah umat Islam di Malaysia.

Sumber: Yayasan Dakwah Islam Malaysia