Home Liberalisme TIDAK MENGIKUT BUDAYA BANGSA DIKECAM, NAMUN MENGAPA MENINGGALKAN PERINTAH AGAMA HANYA DIAM?

TIDAK MENGIKUT BUDAYA BANGSA DIKECAM, NAMUN MENGAPA MENINGGALKAN PERINTAH AGAMA HANYA DIAM?

65
0

Corak pemikiran dan kehidupan masyarakat terutama generasi muda masa kini lebih banyak dipengaruhi oleh fahaman liberalisme universal yang ingin bebas daripada ikatan budaya atau tradisi kaum dan agama. Ini adalah salah satu kesan atau femonena globalisasi yang sedikit demi sedikit semakin mengikis dan menghapuskan institusi dan tradisi agama.

Individu-individu yang hidup dalam era globalisasi ini lebih menumpukan perhatian kepada aspek yang boleh memberi faedah kepada kehidupan mereka dalam bentuk material dan keperluan asas tetapi semakin lari dan jauh daripada konsep keagamaan dan kehidupan akhirat.

Kurang penekanan terhadap kefahaman akidah Islam dan juga pembentukan kerohanian adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan individu-individu tersebut terhakis akidah Islam dan mudah meremehkan agama.

Oleh itu, sewajarnya umat Islam keseluruhannya terutama golongan ulama, cendiakawan dan pemimpin bermuhasabah dan merenung sejauh manakah kefahaman akidah Islam telah menyerap sepenuhnya dalam naluri dan pemikiran umat Islam di negara ini sehingga boleh menjadi benteng untuk menangkis cabaran liberalisme yang semakin mencabar?

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – MEI 2024