Home Liberalisme NIKMAT APA LAGI YANG DIDUSTAKAN GOLONGAN ISLAM LIBERAL TERHADAP SYARIAT ALLAH SWT

NIKMAT APA LAGI YANG DIDUSTAKAN GOLONGAN ISLAM LIBERAL TERHADAP SYARIAT ALLAH SWT

68
0

Tidak seperti di Indonesia, belum ada mana-mana individu atau mana-mana kumpulan mahupun pertubuhan di Malaysia yang secara jelas menamakan ideologi dan fahaman perjuangan mereka dengan menggunakan terma liberal. Walau bagaimanapun, hal ini tidak bermakna aliran pemikiran liberalisme ini tidak wujud di Malaysia.

Jika diteliti semula elemen-elemen penting yang lazim dikaitkan dengan Islam liberal seperti memperjuangkan hak sama rata, kebebasan bersuara, kebebasan beragama, pentafsiran semula al-Quran serta hadis dan sebagainya, pasti dengan mudah dapat dikesan di pelbagai medium samada ada media sosial mahupun di lapangan bahawa aliran pemikiran seperti ini turut wujud dan berkembang di Malaysia.

Sekiranya umat Islam menghayati ayat-ayat al-Quran dan hadis sudah pasti tidak akan timbulnya kekeliruan berkaitan hak asasi manusia kerana dalam Islam ianya diiktiraf. Tugas dan tanggungjawab menghormati maruah dan martabat manusia disebut berulang kali dalam al-Quran dan hadis. Antaranya firman Allah dalam Surah at-Tin, ayat 4, maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).”

Ayat ini jelas menunjukkan betapa besar perhatian Allah SWT kepada manusia. Meskipun semua ciptaan Allah SWT itu adalah terbaik tetapi proses menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian disebut khusus oleh Allah SWT dalam surah ini. Perhatian dan inayah Allah ini adalah satu kurniaan besar kepada manusia walaupun dikenali sebagai makhluk yang banyak kelemahan dan penyelewengan daripada tujuan dijadikan. Justeru itu, nikmat apa lagi yang manusia dustakan? Tepuk dada, tanya iman.

Sumber: Jurnal Islamiyyat, No.41(2)