Islam telah digembar-gemburkan sebagai agama yang jauh dari perdamaian dan umatnya adalah pengganas. Munculnya pandangan seperti ini kerana mereka berpendapat bahawa jihad menghalalkan segala cara memerangi orang-orang yang memusuhi Islam.
Sedangkan Islam mendidik umatnya dengan pegangan agama yang tinggi serta meletakkan manusia sebagai makhluk ciptaan Allah SWT cukup dengan akal fikiran dan saling mengenali antara satu sama lain.
Peperangan dalam sejarah Islam bersifat mempertahankan dan bukan sesekali dalam bentuk menyerang. Masyarakat dunia hanya didedahkan dengan serangan penduduk Gaza terhadap Israel sedangkan mereka hanya mempertahankan hak. Hak mereka sebagai kanak-kanak tidak dirasai, hak sebagai generasi muda yang perlukan pendidikan tidak dipenuhi, hak seorang wanita untuk dihormati dan dilindungi tetapi mereka mendapat layanan sebaliknya serta hak-hak sebagai manusia telah dirampas sejak dahulu lagi.
Walaupun peperangan tercetus, ia demi mempertahankan tanah serta hak perdamaian seperti dikatakan dalam Islam. Persiapan berperang adalah untuk menjaga perdamaian dan peperangan yang tercetus bagi mencegah kerosakan daripada penjahat. Kelalaian dalam mempersiapkan kekuatan perang hanya membuka ruang diperangi dan dihancurkan oleh musuh. Persoalannya, siapakah pengganas, adakah umat Islam yang mempertahankan kedaulatan atau Barat yang memerangi untuk merampas hak orang Islam? renung-renungkan.
Sumber: Universiti Malaya