Home Syiah BAHAYA IDEOLOGI SYIAH DI MEDIA SOSIAL!!! MENYEBARKAN KETAKSUBAN TERHADAP IMAM DAN TOKOH...

BAHAYA IDEOLOGI SYIAH DI MEDIA SOSIAL!!! MENYEBARKAN KETAKSUBAN TERHADAP IMAM DAN TOKOH SYIAH DARI IRAN SERTA MENGHINA SAHABAT NABI DAN ULAMA SUNNAH

1259
0

Begitu ramai pemuda Syiah Melayu mempromosikan ideologi Syiah tanpa segan silu dan menyebarkan ketaksuban mereka kepada imam dan tokoh Syiah dari Iran, di samping memperingati semula revolusi Iran serta kehebatan Iran dalam perang retorik Asia Barat menentang Amerika dan Israel.

Usaha menghujah ahli Sunnah dengan fakta putar belit lagi ganjil dan palsu serta perbuatan memperlekehkan tokoh ulama dan negara ahli Sunnah sangat ketara kelihatan dalam laman-laman sosial dengan menyerang sejarah umat Islam serta memburuk-burukkan sahabat nabi dan ulama Sunnah.

Dalam semua aktiviti berkenaan mereka sangat berusaha menunjukkan bahawa diri mereka adalah pembela Hussein yang menentang musuh-musuh mereka (ahli sunnah) yang digelar sebagai ejen Yazid dan Muawiyyah.

Jika dilihat hari ini, gerakan Syiah semakin aktif menggunakan medium media sosial sebagai alat penyebaran ideologinya. Facebook adalah antara media sosial yang banyak digunakan oleh kumpulan Syiah untuk tujuan penyebaran ideologi mereka. Antara corak perkembangan ideologi Syiah dalam Facebook yang diketengahkan adalah keseragaman mesej propaganda tentang ajaran Syiah, pembinaan imej tokoh-tokoh Syiah terutama tokoh dari Iran, politik simpati di Timur Tengah serta propaganda tentang memburuk-burukkan dan membesar-besarkan kesalahan sahabat Nabi dan ulama Sunni. Kelebihan media sosial terutamanya Facebook inilah dimanfaatkan oleh gerakan Syiah dalam membina imej mereka agar diterima oleh masyarakat.

Kita mengharapkan tindakan pihak-pihak berkuasa dapat memberi momentum baru kepada semua lapisan masyarakat terhadap bahayanya Syiah. Sungguhpun mereka dianggap masih belum mengancam keselamatan negara, mahukah kita memiliki tentera Syiah seperti berlaku di Yaman yang memberontak terhadap kerajaan dengan sokongan sebuah negara penaung Syiah? Kita juga tidak mahu melihat perayaan Asyura Karbala dilakukan secara terbuka di Malaysia. Secara kesimpulannya, apa yang disampaikan melalui penulisan ini bukanlah untuk menaikkan kebencian terhadap Syiah, tapi sebagai peringatan dalam segi hal akidah kita semua.

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor