Home MURTAD AWASILAH PERBUATAN MURTAD!!! MURTAD BUKAN SAHAJA MEMBERIKAN IMPLIKASI NEGATIF KEPADA INDIVIDU BAHKAN...

AWASILAH PERBUATAN MURTAD!!! MURTAD BUKAN SAHAJA MEMBERIKAN IMPLIKASI NEGATIF KEPADA INDIVIDU BAHKAN KEPADA KELUARGA, MASYARAKAT DAN AGAMA

512
0

Akidah adalah perkara yang amat penting dalam Islam. Ianya tidak boleh dipersenda atau dipermainkan dengan hati, perkataan mahupun perbuatan kerana semua itu adalah dosa besar dan boleh menyebabkan murtad.

Orang Islam yang murtad sama ada melalui kepercayaan, lisan atau perbuatan sudah semestinya akan memberi kesan sampingan yang negatif bukan sahaja kepada individu tersebut, malah turut terpalit juga kepada keluarga, masyarakat dan agama.

Sebagai contoh individu yang murtad akan mengalami masalah kekeliruan identiti diri iaitu penentuan status agama seseorang. Mereka juga tidak mempunyai hak sama sekali ataupun terhalang untuk mewarisi harta orang Islam termasuklah ibu, ayah dan pada masa yang sama hartanya juga perlu dipusakai oleh ahli-ahli waris yang beragama Islam.

Murtad juga akan mengakibatkan timbulnya konflik dalam keluarga. Sudah semestinya tiada penerimaan yang rela kepada orang atau ahli keluarga yang keluar dari Islam. Konflik pasti akan berlaku kerana ahli keluarga yang lain akan menimbulkan isu melibatkan status agama kepada seseorang ahli keluarga yang murtad.

Perlu dingat bahawa masalah murtad bukanlah masalah ringan tetapi masalah besar dan berat yang mesti dielakkan. Oleh itu, kita perlu meningkatkan kefahaman dalam agama agar dapat menjadi benteng dari terjerumus kepada perkara-perkara yang boleh menjejaskan akidah. Percayalah, sekiranya Islam dijadikan sebagai cara hidup maka akan wujudlah persekitaran dan kehidupan yang sempurna dan akan lahirlah sifat bertolak ansur, tolong-menolong, berkasih sayang dan sebagainya.

Sumber: Jurnal Melayu, Bil. 19(2), Universiti Malaysia Kelantan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam