Home Ateis GOLONGAN ATEIS MEMPERBODOHKAN DIRI TIDAK MENGAKUI KEWUJUDAN ALLAH SWT!!! SEDANGKAN AL-QURAN...

GOLONGAN ATEIS MEMPERBODOHKAN DIRI TIDAK MENGAKUI KEWUJUDAN ALLAH SWT!!! SEDANGKAN AL-QURAN MEMPUNYAI BUKTI KUKUH KEBENARANNYA

463
0

Arus kemodenan memperlihatkan ramai insan di dunia ini yang masih meragui kewujudan Tuhan terutamanya dalam kalangan mereka yang tidak beragama. Bagi golongan ateis jawapannya mudah, “aku tidak Nampak Tuhan, jadi bagi aku Tuhan itu tiada” atau “mengapa wujudnya kesengsaraan, kejahatan dan bencana jika Tuhan itu Maha Penyayang?” atau mungkin bagi mereka yang beragama, namun masih tidak menemui jawapan yang memuaskan melalui agamanya mengenai persoalan-persoalan ketuhanan dan kejadian alam semesta sudah tentu membuatkan mereka meragui kewujudan Sang Pencipta dan langsung memilih untuk tidak beragama.

Melalui sirah kita mengetahui terdapat nabi dan rasul terdahulu yang turut berhadapan dengan manusia yang menolak kewujudan Tuhan, malah mengaku menjadi Tuhan. Sebagai contoh kisah Nabi Musa a.s yang berhadapan dengan Firaun yang mengaku dirinya adalah Tuhan. Nabi Musa a.s. menunjukkan mukjizatnya berupa tongkat Baginda yang boleh bertukar menjadi ular besar dan menelan ular-ular kecil kepunyaan ahli-ahli sihir Firaun. Mukjizat ini telah menyedarkan ahli-ahli sihir tersebut akan kewujudan Tuhan dan membawa mereka untuk beriman kepada Allah sedangkan Firaun dan pembesar-pembesarnya tetap dalam kekafiran serta mati dalam kehinaan.

Kisah tersebut hanyalah secebis bukti yang diberikan oleh al-Quran. Jika bukti yang nyata itu tidak juga diterima oleh golongan ateis, hal ini bermaksud golongan ateis yang sengaja ‘memperbodohkan’ diri untuk tidak menerima kebenaran wujudnya Tuhan sekalian alam, kemudian menafikan kerana merasa hidup susah terikat dalam agama. Sedangkan agama itu menjadi panduan untuk mengurus kehidupan seharian dan memandu ke arah kebenaran.

Sumber: hidayahcentre.org.my