Gerakan kristianisasi adalah sebuah gerakan keagamaan yang bersifat ‘politik penjajahan’ dengan cara menakluk negara-negara yang mempunyai majoriti Islam terutamanya dari segi pemikiran atas satu tujuan iaitu menyebarkan ideologi Kristian dan menguasai bangsa-bangsa tersebut.
Menurut paderi Lawrence Brown, sekiranya umat Islam bersatu dalam sebuah kerajaan Arab, mereka akan menjadi kuasa yang paling berbahaya di dunia kerana agama Islam adalah sebuah benteng penghalang yang paling kukuh bagi menangkis gerakan kristianisasi. Namun, apabila mereka dibiarkan berpecah-belah, umat Islam akan kekal tidak bernilai dan tidak berpengaruh. Maka, gerakan kristianisasi adalah satu komponen yang sangat penting untuk dibentuk bagi menggagalkan gagasan kesatuan Islam tersebut. Jika tiada agama di dalam dada, umat Islam akan berpecah-belah antara satu sama lain, maka lebih mudah untuk mempengaruhi pemikiran mereka.
Tidak perlu lihat jauh, lihat sahaja di Malaysia. Kebanyakan bangsa Melayu beragama Islam ini berpecah-belah kerana politik. Disebabkan kepentingan diri dan wang ringgit, agama dipertaruhkan. Berapa ramai pemimpin-pemimpin yang pada dasarnya beragama Islam tetapi berfikiran liberal Barat, berapa ramai pula rakyat yang terpengaruh dengan ideologi yang dibawa tersebut? Ajaran sesat juga sering muncul ibarat cendawan tumbuh semenjak kebelakangan ini dan bukan seorang dua yang terpengaruh, malah beribu pengikutnya. Negara Arab juga yang sinonim dengan kehidupan Islam dan menjadi permastautinan para nabi tidak lagi ‘kebal’, malah semakin jelas menjadi ‘hamba’ negara Barat.
Dimanakah kualiti umat Islam pada masa kini? Bukankah perkara ini membuatkan gerakan kristianisasi lebih mudah untuk menjalankan misinya? Tepuk dada tanya iman!!!
Sumber: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, USIM (2018)