Home Liberalisme PERBUATAN KEJI LELAKI MENCONTENG DINDING MASJID MENCACI NABI!!! KELOMPONGAN UNDANG-UNDANG MERUPAKAN FAKTOR...

PERBUATAN KEJI LELAKI MENCONTENG DINDING MASJID MENCACI NABI!!! KELOMPONGAN UNDANG-UNDANG MERUPAKAN FAKTOR PERBUATAN MENGHINA AGAMA ISLAM TIDAK AKAN PERNAH SELESAI

341
0

Isu penghinaan agama Islam di Malaysia dilihat masih tidak dapat ditangani dengan sebaiknya melalui Sistem Perundangan sedia ada. Sehingga ke hari ini semakin banyak kes-kes yang boleh dikategorikan sebagai menghina, mencerca dan merendahkan Agama Islam. Sebagai contoh baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki berseluar pendek sedang menconteng dinding masjid menggunakan semburan cat dan menulis kata-kata kesat yang menghina Nabi SAW.

Tiadanya peruntukan yang jelas dan tegas terhadap perbuatan menghina Islam ini menjadi salah satu faktor isu ini tidak nampak pengakhirannya. Sebagai contoh perbuatan keji ini hanya disabitkan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi. Manakala undang-undang syariah pula hanya menghukum individu Islam yang disabitkan kesalahan tersebut, namun tidak boleh menggunakan peruntukan yang sama terhadap bukan Islam. Skop kesalahan menghina agama yang terlalu umum dan kabur menjadi kelompongan yang seharusnya sudah patut diambil langkah-langkah untuk mengatasinya termasuklah dengan cara merombak semula akta atau membaca bersama satu akta dengan akta lain, menjalankan kerjasama dengan pihak tertentu dan sebagainya. Walaupun tidak senang untuk merombak akta yang memerlukan persetujuan 2/3 ahli parlimen, namun sekurang-kurangnya jalankan usaha itu dahulu demi mempertahankan agama Islam.

Sememangnya cabaran untuk membendungnya adalah sukar, namun isu penghinaan agama Islam ini adalah isu sensitif yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian masyarakat di dalam negara. Kepelbagaian anutan agama di Malaysia menyebabkan wujudnya perasaan bahawa agama mereka yang paling benar dan golongan yang mempertahankan fahaman sesat atas dasar hak kebebasan beragama seharusnya tidak timbul di Malaysia. Oleh sebab itu, hayati agama yang dianuti kerana tidak ada agama yang menyeru untuk menghina sesama agama dan pada masa yang sama hayati prinsip-prinsip sebagai warganegara Malaysia supaya tetap menjaga keharmonian dalam negara yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan adat.

Pihak berwajib juga perlu memainkan peranan sepatutnya. Pemimpin silih berganti, namun isu yang sama tetap terjadi. Sudah dapat jawatan, maka jagalah amanah, jalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang sentiasa berusaha memelihara agama. Gunakanlah kuasa dan agama ke arah kebaikan, bukan untuk kepentingan diri.

Sumber: Jurnal Sosial Perspektif Hukum Islam, Vol. 4(1)- 2019 dan Instagram hwa.zhe.fa – 8 MARCH 2023