Setiap daripada kita pasti akan melalui satu fasa di mana kita akan merasa tertekan dengan keadaan sekeliling. Tidak kira sama ada di rumah atau di tempat kerja, pasti tekanan itu akan dirasa oleh kita. Salah satu tekanan yang paling hebat pernah dilalui oleh kebanyakan rakyat Malaysia adalah ketika pada tahun 2020 dan awal 2021 dimana pelaksanaan Printah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan oleh Kerajaan pada ketika itu untuk mengekang penularan virus Covid -19. Boleh dikatakan pada ketika itu ramai rakyat yang terkesan hingga ada sebahagian daripada mereka mengalami tekanan perasaan.
Akibat daripada tekanan tersebut membawa sehingga ke hari ini di mana masih ramai dikalangan kita yang masih berhempas pulas untuk membina semula ekonomi keluarga hingga mengalami tekanan ataupun stress. Namun sebagai umat Islam, kita masih mepunyai pegangan agama yang utuh dalam menangani cara pengurusan stress di dalam hidup. Cara menangani stress mengikut perspekti Islam adalah seperti berikut:
1) Muhasabah diri.
2) Mengenali punca tekanan.
3) Meningkatkan ilmu.
4) Ambil tindakan segera.
5) Mengelak dari tekanan.
6) Memberi masa untuk penyesuaian.
7) Membezakan keutamaan dalam kehidupan dan kerja.
8) Menentukan masa istirehat yang produktif.
9) Menerima hakikat.
10) Memperbanyakkan ibadah.
Yakinlah, sekiranya kita mengalami masalah stress dan tekanan, berdoalah kepada Allah SWT dan bertawakal setelah berusaha untuk memperbaikinya. Jadilah insan yang berjiwa besar, in shaa Allah segala masalah dapat diatasi dengan lebih mudah. Ini kerana besar atau kecil sesuatu masalah itu tidak diukur pada saiz masalah, tetapi diukur pada besar atau kecilnya jiwa yang menghadapi masalah itu. Firman Allah SWT:
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (QS al – Baqarah: 155 – 156).
Sumber: Dr. Muhammad Fathi Yusof, Penolong Pengarah Pusat Islam UTM KL (https://registrar.utm.my/kl/files/2017/10/Pengurusan-Stres-Menurut-Islam-Dr.-Muhammad-Fathi-bin-Yusof.pdf)