Home Kemanusiaan/Motivasi LGBT KINI DITERIMA DI NEGARA ARAB SAUDI MENANDAKAN FAHAMAN ISLAM KONSERVATIF YANG...

LGBT KINI DITERIMA DI NEGARA ARAB SAUDI MENANDAKAN FAHAMAN ISLAM KONSERVATIF YANG DIPEGANG MULA GOYAH DIPENGARUHI LIBERAL

328
0

Pegangan Arab Saudi terhadap ketegasan mempertahankan Islam nampaknya semakin longgar dan goyah apabila golongan LGBT mula diizinkan masuk ke negara tersebut. Buktinya, pada laman rasmi pelancongan kerajaan Arab Saudi, visitsaudi.com, terdapat pengunjung yang bertanyakan soalan “Apakah pengunjung LGBT dibolehkan berkunjung ke Arab Saudi?”. Kolum tersebut memberi jawapan, “setiap orang diizinkan mengunjungi Arab Saudi dan para pendatang tidak akan ditanya persoalan peribadi secara terperinci”.

Sedangkan sebelum ini kerajaan Arab Saudi menegaskan bahawa hubungan sesama sejenis adalah dilarang oleh hukum di Arab Saudi sepertimana hukumnya di kebanyakan negara majoriti Islam. Hal ini kerana budaya konservatif dan interpretasi hukum Islam, syariah yang melarang homoseksual. Jika didapati melanggar perundangan tersebut, maka individu tersebut boleh dikenakan hukuman mati atau sebat di Arab Saudi. Justeru itu, menerusi jawapan di portal pelancongan tersebut yang baru dikemaskini pada MEI 2023, sehingga kini masih tertera jawapan yang sama dan tidak ada apa-apa pengesahan dari pihak pemerintah.

Melihat kepada perubahan Arab Saudi kini yang melakukan banyak perubahan sama ada secara dasar atau literal, adalah jelas bahawa fahaman liberal telah meresapi pegangan Islam konservatif yang selama ini dipegang teguh mengikut syariat. Apabila sesuatu larangan dibuat, pasti dihakimi dan dihukumi mengikut syariat. Namun, ianya semakin kabur apabila pemerintah mula melihat habuan dunia lebih bernilai demi kepentingan diri biarpun agama sedikit demi sedikit tergadai. Konsert nyayian daripada artis antarabangsa yang tidak menepati syarak, pergaulan antara lelaki perempuan secara bebas, golongan wanita arab yang tidak lagi perlu mengenakan pakaian abaya atau pakaian panjang menutupi tubuh dari hujung kepala ke hujung kaki, pembukaan pantai khusus Pure Beach di Jeddah di Laut Merah yang menjadi pantai pertama di Arab Saudi membenarkan wanita untuk berbikini membuktikan negara Arab Saudi bukanlah lagi negara Islam yang boleh dijadikan contoh pada masa kini. Malah ianya mencemarkan nama baik Islam dan memalukan agama. Berhati-hatilah dalam menerima dasar pandang Arab Saudi kerana mereka telah tercemar dengan fahaman yang liberal.

Sumber: CNBC Indonesia