Home Ajaran Sesat AKIDAH TERJEJAS MEMBAWA KEPADA KESYIRIKAN TERHADAP ALLAH SWT

AKIDAH TERJEJAS MEMBAWA KEPADA KESYIRIKAN TERHADAP ALLAH SWT

85
0

Perkembangan ajaran sesat perlu diberikan perhatian yang serius kerana ia melibatkan persoalan akidah. Sesiapa yang terlibat dalam kancah ajaran sesat, akidahnya akan terjejas iaitu boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam kesyirikan dan termasuk dalam kalangan orang yang kafir.

Syirik ialah satu bentuk keyakinan yang mengakui adanya sekutu bagi Allah SWT dalam kekuasaanNya. Ia termasuk mempercayai, menyembah, meminta dan mengharapkan sesuatu selain Allah SWT. Apabila seseorang itu telah syirik, maka tergugatlah keimanannya dan sekali gus membawa kepada murtad dan kafir terhadap Allah SWT.

Syirik adalah dosa yang paling besar yang dilakukan oleh seseorang manusia terhadap Allah SWT, bahkan Allah SWT tidak akan mengampuni dosa orang yang melakukan syirik terhadapNya. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa, ayat 48, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”

Ringkasannya, apabila seseorang itu terlibat dengan ajaran yang sesat, maka dengan mudahnya akidah boleh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Salah satunya adalah seperti yang dinyatakan iaitu terpengaruh dengan perbuatan syirik. Apabila seseorang itu telah syirik, maka tergugatlah keimanannya dan sekaligus membawa kepada murtad dan kafir terhadap Allah SWT. Berhati-hatilah!!!

Sumber: Jurnal Usuluddin, Vol. 26 – Universiti Malaya