Home Kemanusiaan/Motivasi AKIDAH UMAT ISLAM SEMAKIN TERHAKIS -MENUNAIKAN HAJI TETAPI TIDAK TAHU TUJUAN HAJI

AKIDAH UMAT ISLAM SEMAKIN TERHAKIS -MENUNAIKAN HAJI TETAPI TIDAK TAHU TUJUAN HAJI

197
0

Sedih, marah dan kecewa. Itu perkataan yang sesuai diungkapkan apabila melihat beberapa video yang dimuatnaik di laman sosial dengan memperlihatkan bagaimana seorang jemaah haji wanita menari di hadapan kaabah, seorang lelaki melakukan perkara syirik dengan mengukir nama di batu tempat mustajab untuk berdoa dan seorang jemaah haji yang di dalam ihram sedang bermain permainan video di telefon bimbitnya sambil menghadap kaabah.

Hukum menunaikan ibadah haji adalah wajib sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan. Kita semestinya sudah mengetahui adab ketika berada di tanah suci ini. Malah, sebelum berangkat ke tanah suci juga kita pasti sudah diterangkan oleh mutawwif mengenainya. Namun apa yang diperlihatkan di dalam video – video yang sedang tular pada ketika ini ramai yang pergi ke sana melakukan perkara yang sia – sia. Sayang seribu kali sayang, peluang yang diberikan oleh Allah SWT untuk menjadi dyufur-rahman dipersiakan dengan hal – hal yang menjengkelkan.

Seharusnya sebagai umat Islam yang dijemput oleh Allah sebagai tetamuNya untuk mengerjakan ibadah haji, kita harus mengambil peluang ini dengan melakukan ibadah dengan bersungguh – sungguh di sana dan mengharapkan pengampunan daripada Allah SWT. Bukan dengan pergi ke sana cuma untuk berseronok, berswafoto dan memuatnaik akaun media sosial.

Ingat kembali tujuan kita ke sana adalah kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah SWT dan mengharapkan pengampunan dari-Nya. Cuba kita bayangkan berapa billion umat Islam di seluruh dunia ini sentiasa mengharapkan untuk pergi ke sana dan beribadah, tetapi kita antara yang bertuah tetapi peluang itu di sia – siakan begitu sahaja. Sudahlah belanjanya bukan murah, terpaksa menunggu giliran, mengapa tidak digunakan dengan bersungguh – sungguh?!

Hayati apa sebenarnya maksud dari haji ini wahai Muslimin. Jangan kerana mahu mengejar ‘title’ haji mahupun hajah, kita membuang peluang yang ada dengan melakukan hal sia – sia hanya kerana keseronokan dunia dan ingin mendapat viral. Berdoalah kepada Allah SWT agar kita mendapat haji yang mabrur.

“Ya Allah, jadikanlah hajiku ini haji yang mabrur, sa’i yang diterima, dosa yang diampuni dan amal shaleh yang dikabulkan dan perdagangan yang tidak akan mengalami rugi selamanya.wahai Tuhan yang maha pengampun, Tuhan sekalian alam.”

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan