Home Ajaran Sesat AWAS BAGI UMAT ISLAM YANG HANYA BERPEGANG KEPADA AL-QURAN TANPA HADIS KERANA...

AWAS BAGI UMAT ISLAM YANG HANYA BERPEGANG KEPADA AL-QURAN TANPA HADIS KERANA TERNYATA ANDA TERPESONG DARI AJARAN ISLAM SEBENAR

528
0

Sumber rujukan utama bagi umat Islam adalah al-Quran dan hadis. Jika hanya berpegang kepada salah satunya maka secara jelasnya ia telah menyalahi syariat Islam kerana tanpa salah satunya (al-Quran dan hadis) umpama tidak lengkaplah pensyariatan tersebut. Kelompok seperti ini sebenarnya telah lama wujud termasuk di Malaysia dan menggelarkan diri mereka sebagai Quranis.

Bagi kelompok Quranis mereka berhujah bahawa al-Quran telah sempurna tanpa hadis, al-Quran terlalu kuat dan jelas sumbernya maka hadis tidak lagi diperlukan kerana antara alasannya bilangan hadis terlalu luas serta peranannya yang banyak memberi penjelasan kepada kaedah-kaedah dan amalan syarak yang dinyatakan secara umum di dalam al-Quran. Golongan ini bahkan mempertikaikan solat jumaat, menolak hudud dan pelbagai perkara lagi menggunakan asas kononnya ia tidak ada di dalam al-Quran. Hakikatnya golongan ini bukanlah memperjuangkan al-Quran seperti mereka katakana, tetapi golongan ini adalah kelompok yang cuba meruntuhkan syariat.

Ibnu Hazm menyebut dalam Kitab al-Ahkam: “Jika seseorang itu berkata kami tidak akan mengambil kecuali apa yang ada dalam Quran maka dia telah menjadi kafir pada sisi ijma’ umat Islam”. Imam Suyuti juga menyebut dalam Kitab Miftah al-Jannah: “Sesiapa yang mengingkari hadis nabi sama ada pada kata-kata atau perbuatan maka dia telah kufur dan terkeluar daripada Islam”. Justeru itu, janganlah terpengaruh dengan kelompok ini yang secara zahirnya sahaja nampak Islam tetapi sebaliknya mengingkari pegangan asas dalam agama.

Sumber: Majlis Ulama ISMA (MUIS)