Home Ajaran Sesat KEWUJUDAN BENTUK-BENTUK DOKTRIN AJARAN SESAT MENYEBABKAN PENCEMARAN TERHADAP AGAMA ISLAM

KEWUJUDAN BENTUK-BENTUK DOKTRIN AJARAN SESAT MENYEBABKAN PENCEMARAN TERHADAP AGAMA ISLAM

416
0

Ajaran sesat ruang lingkupnya amat luas sama ada sesat dari sudut kepercayaan atau akidah, sesat dari sudut pengamalan atau syariat dan sesat dari sudut akhlak atau pengabdian antara hamba bersama Tuhannya. Doktrin ajaran sesat pula adalah beberapa prinsip atau kepercayaan yang menjadi asas kepercayaan seterusnya pengamalan kepada kumpulan-kumpulan ajaran sesat. Antara doktrin ajaran sesat secara umumnya adalah:
i. Mengingkari Rukun Iman dan Rukun Islam;
ii. Menyakini atau mengikuti akidah yang bercanggah dengan syarak;
iii. Meyakini turunnya wahyu setelah al-Quran;
iv. Mengingkari kandungan atau kebenaran al-Quran;
v. Melakukan pentafsiran al-Quran tanpa kaedah yang betul;
vi. Mengingkari kedudukan hadis Nabi SAW sebagai sumber ajaran Islam;
vii. Merendahkan para nabi dan rasul;
viii. Mengingkari Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir;
ix. Mengubah asas-asas ibadah yang telah ditetapkan syarak; dan
x. Mengkafirkan sesama Muslim tanpa dalil syarie.

Selain itu, antara bentuk-bentuk doktrin umum ajaran sesat adalah seperti dakwaan wujudnya agama atau ajaran baru, kitab suci baharu selain al-Quran, nabi atau rasul baru selepas Nabi Muhammad SAW, syariat baru yang menyalahi syariat yang sedia dimaklumi dan tafsiran-tafsiran agama yang menyeleweng daripada al-Quran dan as-Sunnah. Sedarlah wahai umat Islam bahawa kesemua doktrin atau dakwaan ajaran sesat tersebut adalah pencemaran terhadap ajaran Islam yang suci.

Sumber: Buku Ajaran Sesat: Merungkai Kekusutan & Kecelaruan -MAIS