Syiah bukanlah kelompok yang baru hadir dalam lingkungan umat Islam. Fahaman Syiah ini telah memiliki sejarah yang panjang hampir seusia sejarah Islam itu sendiri. Virus fahaman ini muncul dan berkembang sejak zaman pemerintahan Khalifah al-Rasyidin iaitu di akhir zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan lagi. Individu yang merupakan seorang Yahudi yang berpura-pura masuk Islam iaitu Abdullah bin Saba’ adalah tokoh utama yang membawa fahaman Syiah sehingga memecahbelahkan umat Islam ketika itu.
Akidah Syiah ternyata menyalahi ijmak para ulama yang tidak lagi perlu disoalkan. Ijmak mempunyai kedudukan yang tinggi sebagai sumber ajaran Islam di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam surah an-Nisa’ ayat 115, Allah berfirman:
Maksudnya: “Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka Jahanam; dan neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali”.
Namun, Syiah mempunyai pandangan yang ganjil dan tersendiri berhubungan dengan ijmak. Diantaranya ialah seperti yang diterangkan oleh ulama besar mereka iaitu Ibnu al-Mutahhir al-Houli: “ijmak itu dianggap sebagai hujah disisi kami kerana ia meliputi pendapat imam kami yang maksum”. Hal ini bermaksud ijmak bagi Syiah adalah pendapat Imam-imam Syiah sahaja.
Apa-apa sahaja pendapat yang menyalahi persepakatan awam (iaitu ijmak yang tidak disertai oleh imam Syiah) maka ia dikira bercanggah dengan fahaman Syiah. Sebagai contoh dalam kes nikah mut’ah. Menurut ijmak ulama nikah mut’ah adalah haram, namun menurut ijmak imam-imam Syiah mereka membenarkan nikah mut’ah dan digalakkan.
Sumber: Buku Syi’ah Komplot Tawan Dunia, oleh Syeikh Abu Muhammad Musanna.