Home Hizbut Tahrir KESESATAN HIZBUT TAHRIR- PANDANGAN ULAMA TERKENAL DUNIA MENJADI JUSTIFIKASI FATWA PENGHARAMAN HIZBUT...

KESESATAN HIZBUT TAHRIR- PANDANGAN ULAMA TERKENAL DUNIA MENJADI JUSTIFIKASI FATWA PENGHARAMAN HIZBUT TAHRIR DI NEGARA INI

2145
0

kesesatan Hizbut Tahrir, antaranya:-

Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, seorang ulama hadis dari Syria dalam bukunya yang menjelaskan bahawa Hizbut Tahrir adalah sebuah pertubuhan neo-Mu’tazilah (Muktazilah baru).

Sesetengah ulama dari Arab Saudi dan Mesir seperti Syeikh Shaleh Bin Fauzan, Syeikh Rabi’ Bin Hady Al-Madkhali, Syeikh Abdul Malik Romadhon Al-Jazairi, Syeikh Zaid Bin Muhammad Al-Madkhali, dan Syeikh Yusuf Bin Abdullah Bin Yusuf Al-Wabil mendakwa Hizbut
Tahrir adalah neo Mu’tazilah (Muktazilah baru). Antara alasan yang diberikan adalah Hizbut Tahrir memahami hadis bukan dengan pemahaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat tetapi mengutamakan akal dalam memahami agama dan menolak hadis Ahad dalam masalah akidah.

Sementara itu, Sheikh Yusof Al-Qardawi pula menjelaskan Hizbut Tahrir terlalu memfokuskan kepada agenda untuk mewujudkan Khalifah Islamiyah, sebaliknya melupakan agenda utama untuk membebaskan umat dari syirik, khurafat, bid’ah dan fanatisme. Begitu juga Hizbut Tahrir melupakan pembentukan akhlak, pemikiran yang Islami, mengabaikan agenda dalam membangun institusi keluarga, serta berusaha untuk menyelesaikan masalah umat yang ketinggalan dan kemunduran dalam segenap aspek kehidupan. Sheikh Yusof al-Qardawi mengkritik pergerakan Hizbut Tahrir dengan mengatakan:

“Menganggap masalah utama umat Islam, bahaya yang paling mengancam, serta dosa terbesar, disebabkan tiadanya kekhalifahan dalam kehidupan umat Islam, dan jalan penyelesiannya hanya dengan wujudnya Khalifah Islam adalah satu kekeliruan. Hal ini disebabkan seolah-olah Islam itu diiterjemahkan atau membawa makna Khalifah atau Khilafah”.

Berdasarkan hujah-hujah yang dikeluarkan oleh beberapa ulama terkenal dunia yang diiktiraf keilmuannya itu, ia juga menjadi panduan kepada ulama dan Majlis-majlis Fatwa di beberapa negeri di negara ini untuk menetapkan tentang pengharaman pergerakan Hizbut Tahrir di negara ini. Maka sudah jelas mengapa beberapa negeri di Malaysia seperti Negeri Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Wilayah Persekutuan telah mewartakan atau membuat keputusan pengharaman pertubuhan ini. Sehubungan itu, mana-mana individu umat Islam yang terlibat dengan kegiatan gerakan Hizbut Tahrir boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sumber: www.academia.com